13000204_498824553642058_4538381259176938938_n

Program Kesedaran & Kefahaman OKU di Dewan Kuliah, Unisel Kampus Shah Alam.

10 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) telah menganjurkan Program Kesedaran & Kefahaman OKU di Dewan Kuliah, Unisel Kampus Shah Alam. Penyertaan yang menggalakkan hampir 100 orang telah memberikan maklumbalas yang positif tentang inisiatif ini.

Peserta diserahkan dengan Modul OKU Penglihatan & OKU Pendengaran. Peserta sangat teruja dengan simulasi sebagai orang Buta. Peserta ditutup mata dan diberikan tongkat sambil dipimpin oleh rakan yang lain. Pengalaman ini sangat berkesan dan dihargai oleh peserta. Modul ini dibimbing sendiri oleh Sdr Zamzuri, OKU Penglihatan.

Slot yang kedua, peserta diajarkan Asas Bahasa Isyarat oleh OKU Pendengaran sendiri. Bahkan demonstrasi menyanyi dengan menggunakan Bahasa Isyarat sangat menyeronokkan. Rata-rata peserta bertuah kerana telah diberikan peluang untuk mengikuti program seperti ini.

12993378_498818770309303_8132433743621817179_n

Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Tengku Idris Shah Kapar.

9 April 2016 – Tim sukarelawan kali ini melaksanakan Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Tengku Idris Shah Kapar. Seramai 20 sukarelawan Unisel di kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial telah menjadi fasilitator kepada 200 orang pelajar.

Tumpuan kali ini lebih kepada Modul Spiritual dan Kursus Solat Jenazah. Program ini merupakan kerjasama PEPIAS dan dibimbing oleh ketua fasilitator yang berpengalaman. Program ini bermula sejak 8 April 2016, Khamis dan berakhir petang tadi.

12938257_498536670337513_5062594567404380614_n

Mahasiswa TESL menjalankan Pemetaan Komuniti di Kg Tannamaran, Bestari Jaya.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET, telah mempersiapkan 20 sukarelawan di kalangan mahasiswa TESL untuk menjalankan Pemetaan Komuniti di Kg Tannamaran, Bestari Jaya. Pemetaan bermula seawal 9.00 pagi telah diketuai oleh Sdr Yuven, meninjau dan menebual hampir 100 buah rumah.

Hampir semua penduduk kampung merupakan Komuniti India yang bekerja di ladang berhampiran. Sukarelawan turut memberikan sumbangan set dapur asas kepada sasaran yang kurang berkemampuan. Beberapa rancangan akan dilaksanakan bagi mengupaya peranan belia di sini. Program berakhir sekitar jam 4.00 petang. Terima kasih kepada kepada pihak ketua kampung yang memberikan kerjasama.

12963870_498534893671024_49718182381294100_n

Walk4Humanity di dataran Shah Alam.

10 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET telah menghantar penyertaan seramai 12 orang mahasiswa Unisel untuk menyokong usaha NGO Rose2Rose MyCare yang melaksanakan Walk4Humanity di dataran Shah Alam. Program ini adalah untuk mempromosikan nilai kemanusiaan kepada warga Selangor.

12961518_498266827031164_897530148119005826_n

Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Nad Tanjong, Patani telah berjaya melengkapkan misinya.

4 April 2016 – Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Nad Tanjong, Patani telah berjaya melengkapkan misinya dengan mengajar Bahasa Inggeris dan Latihan Memanah.

10 sukarelawan Unisel telah berkhidmat selamat 5 hari dan sambutan warga Kg Nad Tanjong sangat meriah. Para sukarelawan sangat terharu dengan layanan Mesra.

Misi kali ini, sukarelawan telah menyerahkan sumbangan berjumlah rm1500 kepada pihak Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Nad Tanjong dan 2 busur serta 2 dosen anak panah kepada Ust Usman, Imam Masjid Al Wustha merangkap pemegang amanah rumah anak yatim.

12936761_498265063698007_3398837778286784932_n

Majlis Makan Malam Program Entrepreneur Cilik.

3 April 2016 – Program Entrepreneur Cilik diakhiri dengan Majlis Makan Malam di Restoran Rawsha, Shah Alam bagi meraikan kejayaan adik-adik peserta yang berjaya mengikuti program. Turut diraikan keluarga peserta di kalangan asnaf yang telah diseranaikan oleh MPP ZON 3 MBSA. 30 peserta Cilik telah mengikuti program ini menerima sijil penghargaan daripada Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET.

Semasa makan malam, Prof Datuk Dr Syed Ahmad Al Saggof telah menyampaikan pidato bagi membangkitkan semangat para hadirin dalam soal survival usahawan dan cabaran masa depan.

Program ini merupakan anjuran COMNET dengan kerjasama MPP ZON 3. Usaha ini adalah inisiatif mendekatkan mahasiswa kepada komuniti sekitar.

12932711_498262330364947_3793587955345260029_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya.

7 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) meneruskan misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya. Ini adalah kali kedua diadakan dalam bulan ini tetapi berbeza sasaran peserta.

Program kali ini menumpukan kepada potensi dan bakat pelajar tingkatan 1 hingga 5 seramai 120 orang di kalangan pelajar pelbagai latarbelakang.

Fasilitator seramai 26 orang dari Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains & Bioteknologi yang telah dilatih COMNET & PEPIAS memberikan Khidmat cemerlang kepada para peserta.

12932903_498251577032689_1561096239456089577_n

Bengkel Google Apps.

5 April 2016 – Bengkel Google Apps telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti COMNET di PPD Kuala Selangor. Seramai 60 peserta di kalangan kaunselor Daerah Kuala Selangor hadir. Tenaga pengajar merupakan pelajar yang telah dibimbing sendiri oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti. Program mendapat sambutan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.