Untitled

BENGKEL PENGUPAYAAN PENASIHAT ORGANISASI PELAJAR

2 Februari 2017 – Bengkel Pengupayaan Penasihat Organisasi Pelajar telah diadakan di Dewan Kuliah Unisel Kampus Shah Alam dengan 60 kehadiran penasihat daripada 2 kampus. Program telah dimulakan dengan ucaptama Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor HEP dengan Gagasan L.I.V.E.S. yang merangkumi elemen Leadership. Internationalization. Volunteerism. Entrepreneurship. Sport & Culture. Turut memberikan input adalah Tn Hj Amidi Abdul Manan, Dekan HEP. Sesi diskusi telah dikendalikan oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Comnet dan Puan Azlina Aziz, Penolong Pendaftar Comnet.

Optimized-DSC_0024

MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KUALA BALAH, KELANTAN

7 Februari 2017 – Tim Sukarelawan Unisel Cakna meneruskan misi bantuan pasca banjir di Kuala Balah dengan meninjau kemusnahan di kampung berhampiran Sungai Kelantan. Kami dibantu pandu oleh Sdr Tirmizi yang menjadi pegawai DUN Kuala Balah. Misi kena menaiki bot untuk merentas sungai yang agak deras bagi menyusuri dan menyeberangi ke Kampung Keluat dan Kampung Bahagia.

Tim Misi Bantuan Pasca Banjir telah menyerahkan sebuah bot dengan kapasiti 5 orang kepada kegunaan masyarakat di DUN Kuala Balah, Kelantan. Penyerahan telah dibuat oleh Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor HEP. Turut diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada 30 mangsa banjir. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban.Bantuan disalurkan kepada 10 buah keluarga yang ditimpa ujian bah. Encik Meor Mohd Kamil, Penyelaras Unisel Cakna telah menyampaikan bantuan kepada penerima.

Optimized-DSC_0025

MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KUALA KRAI, KELANTAN

7 Februari 2017 – Pihak Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan pelajar telah menjalani satu misi bantuan mangsa banjir di Kuala Krai dan Dun Kuala Balah, Kelantan baru-baru ini. Misi ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan kepada pelajar dan tentang kecaknaan terhadap kepentingan memberi sumbangan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat dan sesama ahli kariah. Misi ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Shaharuddin Bin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) serta dua orang staf COMNET dan dua orang Wakil Pimpinan Pelajar UNISEL.

Optimized-DSC_0244

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI PERSATUAN 2017 (KPOP)

5 Februari 2017 – Kursus Pengurusan Organisasi Pelajar (KPOP) anjuran Pusat Jaringan Komuniti & Kegiatan Pelajar (COMNET) telah diadakan di Kompleks Sukan Kampus Bestari Jaya baru-baru ini. Objektif program ini adalah untuk memantapkan gerak kerja dalam berorganisasi dan merapatkan hubungan pimpinan siswa dengan pihak HEP. Seramai 86 pimpinan siswa hadir memberikan komitmen mewakili organisasi masing – masing. Program telah dirasmikan penutupan oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET.