2

PROGRAM BAKTI SISWA SELANGOR

Bakal berlangsung 9 hingga 11 Jun 2017 ini. Program mahasiswa bersama masyarakat Kampung Batu 16, Hulu Langat. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan. Mahasiswa kembali menyumbang bakti kepada masyarakat.

Webp.net-compress-image (11)

PROGRAM PENANAMAN POKOK BULANAN

Webp.net-compress-image (12)Webp.net-compress-image (11)

 

BESTARI JAYA , 25 Februari 2017-  Seramai 20 orang sukarelawan daripada Unisel  dan sukarelawan daripada Asia Pacific University telah menyertai Program Penanaman Pokok Bulanan di Hutan Simpan Raja Musa. Program ini dimulakan dengan pengenalan mengenai kepentingan hutan paya dan pengenalan terhadap program oleh Cik Nurhayati, wakil Global Environment Centre. Seterusmya. Encik Tharmizie, wakil PHD, Hulu Selangor menyambung ucapan dengan menerangkan situasi Hutan Simpan Raja Musa dan tujuan program penanaman pokok ini diadakan di Hutan Simpan Raja Musa. Akhir sekali, Encik Saiful memberikan demonstrasi ringkas tentang cara  penanaman Pokok Tenggek Burung di kawasan tersebut. Sukarelawan dibahagikan kepada lima kumpulan di mana setiap kumpulan telah menanam 60 batang pokok yang telah dibahagikan. Para sukarelawan ini telah berjaya menanam sebanyak 300 Pokok Senduduk di sekitar hutan simpan tersebut.