2

PROGRAM BAKTI SISWA HULU LANGAT

MMLLIIRR

Pada 9 hingga 11 Jun 2017, Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Unisel  telah menghantar seramai 32 orang sukarelawan ke Kampung Batu 16, Hulu Langat sempena program Bajti Siswa Selangor. COMNET telah dijemput oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan Sains Teknologi Dan Inovasi Selangor turut disertai oleh dua puluh lima orang lagi sukarelawan daripada Kolej Industri Negeri Selangor (INPENS). Program ini bersempena menyambut bulan Ramadan dan meraikan golongan-golongan yang memerlukan di kawasan tersebut.

Gambar 9

JAMUAN MESRA RAYA AIDILFITRI DI EAT & REPEAT, KUALA SELANGOR BERSAMA PELAJAR INPENS

KUALA SELANGOR, 5 JULAI 2017 – Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan jamuan raya bersama – sama dengan pelajar – pelajar daripada INPENS International College di restoran ‘Eat & Repeat’ di Kuala Selangor. Turut dihadari dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) bersama dengan pegawai pengiring. Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim bersama komuniti dan juga mengadakan hubungan baik bersama istitusi yang lain. Terdapat juga pelajar pelbagai kaum yang memakai pakaian baju melayu dan berbaju kurung.

 

Gambar 10

Gambar 8

Gambar 7

Gambar 5

Gambar 4

Gambar 3

Gambar 2

Gamba1

Para Sukarelawan Program Jelajah Gempaq Ramadhan

PROGRAM JELAJAH GEMPAQ RAMADHAN (9 – 12 JUN 2017)

DAERAH KUALA LANGAT – Pada 9 hingga 12 Jun, pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) dan juga pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah bekerjasama mengadakan program Jelajah Gempaq Ramadhan selama 4 hari. Sepanjang 4 hari tersebut telah mengadakan 4 program yang berbeza iaitu Program Bertadarus, Program Jejak Asnaf, Program Memasak Bubur Lambuk dan Program Cuci Suci di sekitar daerah Kuala Langat. Selain itu, turut dijemput Timbalan Naib Canselor (TNC) ke program-program tersebut. Turut juga memberi sumbangan kepada penerima – penerima bantuan asnaf serta cenderahati dan penghargaan kepada nazir-nazir masjid. Seramai 40 orang sukarelawan termasuk 4 orang pegawai pengiring telah menyertai program khidmat masyarakat pada bulan yang mulia.

 

Bergambar bersama penerima sumbangan

Bergambar bersama penerima sumbangan

Menyediakan bubur

Menyediakan bubur

Memasak bubur lambuk

Memasak bubur lambuk

Penghargaan kepada nazir masjid

Penghargaan kepada nazir masjid

Memberi sumbangan kepada penerima

Memberi sumbangan kepada penerima

Bertadarus

Bertadarus