KUALA SELANGOR, 5 JULAI 2017 – Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan jamuan raya bersama – sama dengan pelajar – pelajar daripada INPENS International College di restoran ‘Eat & Repeat’ di Kuala Selangor. Turut dihadari dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) bersama dengan pegawai pengiring. Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim bersama komuniti dan juga mengadakan hubungan baik bersama istitusi yang lain. Terdapat juga pelajar pelbagai kaum yang memakai pakaian baju melayu dan berbaju kurung.