Hari Keluarga DE VOLUNTEER Erat Silaturahim
Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) telah menganjurkan Hari Keluarga 2019 di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam dengan penglibatan 70 orang dalam acara tahunan ini. Program ini melibatkan kehadiran anggota baharu dan lama dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam. Matlamat utama program ini adalah untuk eratkan lagi hubungan sesama ahli dan pimpinan agar gerak kerja pada tahun 2020 akan lebih licin dan kemas. Pelbagai acara yang dijalankan antaranya Zumba, Sesi Taaruf dan Explore Race. Walaupun hanya penganjuran setengah hari tetapi pertemuan ini sangat bermakna kepada semua. Acara kemuncak adalah sesi pertukaran hadiah di kalangan peserta sempena sambutan hari lahir setahun dari bulan Januari sehingga Disember 2019. Semua peserta sangat teruja dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan berharap dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET turut dijemput hadir untuk memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang dalam acara Explore Race. Untuk makluman, DE VOLUNTEER pernah dinobatkan sebagai Organisasi Pelajar Terbaik pada tahun 2018.