Mahasiswa UBD Palembang Belajar Konsep Sukarelawan
Seramai 17 orang mahasiswa Universitas Bina Darma (UBD) Palembang Indonesia telah mengikuti Program Sit-In di UNISEL selama satu bulan bagi mengikuti kursus Jabatan Pengkomputeran, FCVAC. Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) mengambil inisiatif menawarkan Latihan Asas Sukarelawan (LASAK) kepada mereka bagi mendedahkan tentang konsep dan budaya sukarelawan. Peserta telah mengikuti Modul Komunikasi Lapangan yang disampaikan sendiri Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET sebagai jurulatih. Latihan ini dimulakan dengan teori, diikuti simulasi dan aplikasi komunikasi interpersonal, awam dan kumpulan kecil. Ada tiga modul lagi akan diikuti sehingga lengkap 4 modul keseluruhan.