Regional Conference On Peaceful Coexistence 2020
Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Sasakawa Peace Foundation, The Habibie Center (THC) dan UNISEL telah menganjurkan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam dengan penyertaan lebih 400 orang dalam kalangan peserta antarabangsa dan dalam negara. Peserta antarabangsa terdiri daripada negera Indonesia, Thailand, Kemboja, Singapura, Vietnam dan Filipina. Ucaptama bagi Persidangan ini juga telah disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Profesor Adjung UNISEL mana pembicara wacana utama turut disampaikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Commissioner for Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC) of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC). Ts. Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) turut hadir mengikut penuh persidangan ini. Pada hari kedua Bengkel Selari telah diadakan bagi perbincangan secara tematik : politik, pendidikan, sosial, dan ekonomi. Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh TNC HEP UNISEL telah dijemput menjadi panel bagi bengkel dengan tema politik mewakili IESAD UNISEL. Persidangan ini telah dirasmikan sesi Penutupnya oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Binti Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.