Terima kasih Kak Faz
Bestari Jaya, 4 Mac 2020 – Majlis Penghargaan Mantan Staf HEP telah diadakan di Kompleks Sukan UNISLE Bestari Jaya bagi meraikan sumbangan jasa yang telah dicurahkan semasa berkhidmat di Bahagian HEP. Bagi Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) ingin merakam ucapan sekalung penghargaan kepada Puan Fazlinda Tahir aka Kak Faz yang telah banyak memberikan idea, bertungkus lumus membantu organisasi pelajar dan membimbing mahasiswa dalam mengembangkan potensi kepimpinan mereka. Segala jasa dan dedikasi Kak Faz akan terus pasukan COMNET kenang. Insya Allah hubungan silaturahim akan terus dijaga dan kerjasama dalam bentuk yang lain dapat diteruskan.