Kunjungan LAZNAS ke COMNET untuk kolaborasi
Bestari Jaya, 5 Mac 2020 – Kunjungan Ade Salamun Basri, Ketua Lembaga Amil Zakat Nasional (LAZNAS) Dewan Da’wah ke Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) bagi berkongsi pengalaman kerja sukarelawan masing-masing. Pertemuan yang ringkas dan santai turut dihadiri oleh Tn Hj Amidi Abd Manan, Dekan HEP di Pejabat COMNET di Kompleks Sukan. Ts Izwan Suhadak Ishak berkesempatan menerangkan fungsi dan peranan COMNET dalam membangunkan karakter mahasiswa dan pengupayaan komuniti di lingkungan. Pihak COMNET turut memberikan sebuah buku berjudul LASKAR ALAM : Modul Pembudyaan Kelestarian Alam sebagai manifestasi keprihatinan isu alam sekitar serantau yang perlu kolaborasi lanjuta antara dua buah negara Malaysia dan Indonesia. Insya Allah ke hadapan ada kerjasama antara COMNET dan LAZNAS di Indonesia bagi fokus latihan sukarelawan alam.