WhatsApp Image 2017-05-08 at 10.24.00 PM

ADAB YOUTH GARAGE (AYG): SMART ENGAGEMENT AND FUN LEARNING

Pada 7 Mei 2017 telah berlangsung majlis penutupan Smart Engagement and Fun Learning yang dikendalikan oleh pelajar unisel dengan kerjasama Comnet. Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang selepas sembahyang zohor. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu En. Nizam, pengasas Adab Youth Garage (AYG) dan wakil penduduk PPR Kota Damansara. Bilangan peserta dan wakil ibu bapa yang hadir sangat memberansangkan iaitu seramai 40 orang. Pada masa yang sama juga telah berlangsung majlis bacaan Yassin bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Pengisiaan majlis ini adalah untuk merumuskan hasil pengajaran dan pembelajaran selama 8 hari iaitu 15, 16, 22, 23, 29, 30 April dan 6, 7 Mei 2017. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan sajak, puisi, nasyid dan silat dari anak-anak penduduk PPR Kota Damansara. Maklumbalas yang diberikan oleh tetamu jemputan sangat baik dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada tetamu jemputan. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *