DSC_0028

PROGRAM KONSERVASI & VOLUNTOURISM @ KELIP-KELIP, (12 & 13 OGOS 2017)

KELIP-KELIP, KG. KUANTAN (12 & 13 OGOS 2017) – Sepanjang dua hari di Kelip-Kelip, Kg. Kuantan telah mengadakan satu program iaitu “Konservasi & Voluntourism @ Kelip-Kelip” bersama-sama dengan para sukarelawan Universiti Selangor dan juga pelajar dari Kemboja yang turut serta dalam menjayakan program tersebut. Selain itu, antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah bergotong-royong bersama di kawasan setempat. Aktiviti gotong-royong telah berlangsung pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari serta kawasan yang terlibat dengan aktiviti tersebut adalah balai raya, kawasan sekitar dan juga sungai. Program ini juga turut dibantu bersama kelab “Alami Kawa” daripada Kuala Selangor untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga para sukarelawan dari UNISEL seramai 8 orang turut turun padang bagi memeriahkan lagi progoram tersebut.

 

DSC_0113

Pelajar-pelajar dari negara Kemboja

DSC_0120

Sesi taklimat bersama sukarelawan UNISEL

DSC_0204

Taklimat daripada pegawai COMNET

DSC_0253

Taklimat ringkas daripada salah seorang kelab Alami Kawa

DSC_0311

Aktiviti gotong-royong di sungai

DSC_0316Gotong-royong di kawasan sekitar balai raya

DSC_0338

Aktiviti pembersihan di dalam balai raya

DSC_0527

Ucapan daripada Encik Izwan Suhadak, pengarah COMNET

DSC_0542

Persembahan daripada wakil Sukarelawan UNISEL

DSC_0546

Persembahan daripada wakil pelajar Kemboja

DSC_0599

Penyerahan sumbangan daripada ketua pelajar dari Kemboja

DSC_0617

Penyerahan buku daripada pihak Alami Kawa

IMG_0909

PROGRAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK MASYARAKAT ORANG ASLI SUNGAI GABAI, HULU LANGAT

SUNGAI GABAI, HULU LANGAT (12 & 13 OGOS 2017) – Seramai 11 orang sukarelawan daripada UNISEL Bestari Jaya telah mengadakan program kampung angkat di perkampungan orang asli di Sungai Gabai, Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat selama dua hari satu malam. Program ini diadakan dengan jayanya apabila dilakukan dengan setaraf bersama objektif program iaitu memfokuskan kepada anak-anak orang asli untuk menarik mereka berminat dengan pembelajaran dan minat untuk melakukan aktiviti bersama masyarakat luar. Selain itu, hubungan bersama orang-orang kampung juga baik dan beramah mesra bersama penduduk kampung.

DSCN0854

Sukarelawan bergambar sebelum bertolak ke kg orang asli Sg. Gabai

DSCN0988

Bersiap untuk mandi bersama anak-anak orang asli

IMG_0907

Aktiviti mandi di air terjun Sg. Gabai

DSCN0956

Sesi pembelajaran bersama anak-anak orang asli

DSCN0964

Belajar bersama salah seorang sukarelawan

DSCN0971

Aktiviti menari bersama anak-anak orang asli

DSCN1034

Sukarelawan makan malam bersama

DSCN1085

Bergambar bersama anak-anak orang asli

DSCN1112

Bergambar bersama para sukarelawan dan pegawai pengiring

IMG_0934

Sesi latihan dan pembelajaran bersama anak-anak orang asli

Bergambar bersama penduduk kampung

PROGRAM JALINAN KASIH KOA SUNGAI KELUBI, RAWANG (25-27 OGOS 2017)

SUNGAI KELUBI, RAWANG  (25, 26 & 27 OGOS 2017) – Sekumpulam sukarelawan telah menyertai program “Jalinan Kasih Kampung Orang Asli Sungai Kelubi, Rawang – Fasa 1” di kampung orang asli Sungai Kelubi di Rawang, Selangor. Selama 3 hari program ini telah dijalankan di kampung tersebut untuk mengadakan program bersama orang-orang asli. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat anak-anak orang asli mendekati pembelajaran samada di rumah ataupun di sekolah. Sukarelawan juga beramah mesra dengan orang kampung tersebut untuk mengadakan hubungan yang intim dan juga dapat mengadakan aktiviti bersama-sama dengan orang asli. Ketua kampung juga mengalu-alukan kedatangan sukarelawan daripada pihak UNISEL untuk mengadakan program yang akan datang bersama-sama orang asli di kampung tersebut.

Kumpulan Sukarelawan KOA Sg. Kelubi

Kumpulan Sukarelawan KOA Sg. Kelubi

Dalam perjalanan menuju ke KOA Sg. Kelubi, Rawang

Dalam perjalanan menuju ke KOA Sg. Kelubi, Rawang

Perjalanan menuju ke kampung orang asli

Perjalanan menuju ke kampung orang asli

Rehat

Rehat

Sesi taklimat ringkas dari pengarah program

Sesi taklimat ringkas dari pengarah program

Mendapatkan profil data orang kampung

Mendapatkan profil data orang kampung

Sesi suai kenal (icebreaking) bersama peserta

Sesi suai kenal (icebreaking) bersama peserta

Bersama anak-anak orang asli

Bersama anak-anak orang asli

Persediaan untuk sukaneka

Persediaan untuk sukaneka

Persediaan untuk pemeriksaan kesihatan

Persediaan untuk pemeriksaan kesihatan

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Sarapan pagi

Aktiviti senaman bersama peserta

Aktiviti senaman bersama peserta

Aktiviti mewarna bersama anak-anak orang asli

Aktiviti mewarna bersama anak-anak orang asli

Sesi "Jom Belajar Bersama"

Sesi “Jom Belajar Bersama”

Hasil mewarna

Hasil mewarna

Senyummm :)

Senyummm :)

Sesi "Kami Merawat, Nada Sihat" bersama penduduk kampung

Sesi “Kami Merawat, Nada Sihat” bersama penduduk kampung

Persediaan untuk makan malam bersama JKK Kg dan penduduk kampung

Persediaan untuk makan malam bersama JKK Kg dan penduduk kampung

Makan bersama penduduk kampung

Makan bersama penduduk kampung

Comel...baby tu :D

Comel…baby tu :D

Aktiviti senaman bersama anak-anak orang asli

Aktiviti senaman bersama anak-anak orang asli

Aktiviti sukaneka: membawa bola ping pong di dalam tisu

Aktiviti sukaneka: membawa bola ping pong di dalam tisu

Aktiviti sukaneka: passing gelang getah

Aktiviti sukaneka: passing gelang getah

Aktiviti sukaneka: cari gula gula dalam tepung

Aktiviti sukaneka: cari gula gula dalam tepung

Aktiviti sukaneka: meniup belon

Aktiviti sukaneka: meniup belon

Bergambar bersama penduduk kampung

Bergambar bersama penduduk kampung

Majlis penutupan program

Majlis penutupan program

Bergambar bersama para sukarelawan

Bergambar bersama para sukarelawan

Gambar 9

JAMUAN MESRA RAYA AIDILFITRI DI EAT & REPEAT, KUALA SELANGOR BERSAMA PELAJAR INPENS

KUALA SELANGOR, 5 JULAI 2017 – Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan jamuan raya bersama – sama dengan pelajar – pelajar daripada INPENS International College di restoran ‘Eat & Repeat’ di Kuala Selangor. Turut dihadari dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) bersama dengan pegawai pengiring. Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim bersama komuniti dan juga mengadakan hubungan baik bersama istitusi yang lain. Terdapat juga pelajar pelbagai kaum yang memakai pakaian baju melayu dan berbaju kurung.

 

Gambar 10

Gambar 8

Gambar 7

Gambar 5

Gambar 4

Gambar 3

Gambar 2

Gamba1

Para Sukarelawan Program Jelajah Gempaq Ramadhan

PROGRAM JELAJAH GEMPAQ RAMADHAN (9 – 12 JUN 2017)

DAERAH KUALA LANGAT – Pada 9 hingga 12 Jun, pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) dan juga pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah bekerjasama mengadakan program Jelajah Gempaq Ramadhan selama 4 hari. Sepanjang 4 hari tersebut telah mengadakan 4 program yang berbeza iaitu Program Bertadarus, Program Jejak Asnaf, Program Memasak Bubur Lambuk dan Program Cuci Suci di sekitar daerah Kuala Langat. Selain itu, turut dijemput Timbalan Naib Canselor (TNC) ke program-program tersebut. Turut juga memberi sumbangan kepada penerima – penerima bantuan asnaf serta cenderahati dan penghargaan kepada nazir-nazir masjid. Seramai 40 orang sukarelawan termasuk 4 orang pegawai pengiring telah menyertai program khidmat masyarakat pada bulan yang mulia.

 

Bergambar bersama penerima sumbangan

Bergambar bersama penerima sumbangan

Menyediakan bubur

Menyediakan bubur

Memasak bubur lambuk

Memasak bubur lambuk

Penghargaan kepada nazir masjid

Penghargaan kepada nazir masjid

Memberi sumbangan kepada penerima

Memberi sumbangan kepada penerima

Bertadarus

Bertadarus

2

PROGRAM BAKTI SISWA SELANGOR

Bakal berlangsung 9 hingga 11 Jun 2017 ini. Program mahasiswa bersama masyarakat Kampung Batu 16, Hulu Langat. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan. Mahasiswa kembali menyumbang bakti kepada masyarakat.

12

TOT SUKARELAWAN E-USAHAWAN : UNISEL BESTARI JAYA & UNISEL SHAH ALAM

KUALA SELANGOR, 20 April – Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan satu program TOT Sukarelawan E-Usahawan dengan kerjasama pihak MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) yang telah dilaksanakan di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. . Program TOT Sukarelawan  ini bertujuan untuk mencari sukarelawan ICT dan menyebarkan ilmu yang telah diajar untuk komuniti luar dalam khidmat digital ekonomi. Peserta dapat mengunakan sosial media untuk meluaskan perniagaan mereka dan berdaya saing dengan perniagaan lain diluar. Seramai 32 peserta yang telah menyertai program ini. Dalam program  ini ada 3 saluran yang pihak MDEC terapkan seperti aplikasi FACEBOOK, INSTAGRAM dan WhatsApp. Setiap saluran ini fokus didalam perniagaan.

SHAH ALAM, 7 Mei – Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan satu program TOT Sukarelawan E-Usahawan dengan kerjasama pihak MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) yang telah dilaksanakan di Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Program TOT Sukarelawan  ini bertujuan untuk mencari sukarelawan ICT dan menyebarkan ilmu yang telah diajar untuk komuniti luar dalam khidmat digital ekonomi. Peserta dapat mengunakan sosial media untuk meluaskan perniagaan mereka dan berdaya saing dengan perniagaan lain diluar. Seramai 92 peserta yang telah menyertai program ini. Dalam program  ini ada 3 saluran yang pihak MDEC terapkan seperti aplikasi FACEBOOK, INSTAGRAM dan WhatsApp. Setiap saluran ini fokus didalam perniagaan.

DSCF8737

SELANGKAH KE MENARA GADING

Kuala Selangor : 8 April 2017 (Sabtu), Seramai 88 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 daripada sekolah menengah kuala selangor menghadiri program selangkah ke menara gading yang telah dianjurkan oleh mahasiswa unisel dibawah subjek MPU Event Managment dengan kerjasama Persatuan Siswa/i Sabah, CDFS dan Comnet Unisel pada 8 April 2017 yang lalu. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan UNISEL kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terutamanya yang berada di kawasan luar bandar, Memberikan satu bentuk pendekatan baru dalam proses pemantapan jati diri pelajar, Memperkukuh semangat untuk berjaya dan seterusnya melangkah ke alam pengajian tinggi. Selain itu juga, program ini memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan di universiti serta memperkenalkan bidang-bidang yang ditawarkan di UNISEL kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Pihak penganjur juga telah menjemput Timbalan Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asas iaitu Dr Hazeeq Hazwan Bin Azman. Dr haziq merupakan alumni unisel yang telah berjaya dalam bidang pelajarannya. Beliau menyambung pelajaran sehingga ke luar negara sehingga ke peringkat dr falsafah. Beliau berkongsi pengalaman dan tips bagaimana mengatur strategi untuk berjaya sepertinya kepada pelajar-pelajar sekolah. Slot motivasi pula diambil alih oleh pengacara tv al-hijrah iaitu Encik Fadzli bin Aziz. Beliau merupakan salah seorang personaliti tv yang berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai tips dan motivasi yang sangat bermanfaat kepada pelajar dan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu adalah sangat penting untuk dipelajari tidak kira peringkat usia dan waktu. Slot seterusnya pula pihak mahasiswa MPU Event Managment menjemput pensyarah daripada Fakulti Sains dan Bioteknologi iaitu Encik Afiq Azri untuk slot personaliti test pelajar. Dalam slot ini, pelajar-pelajar mengetahui sendiri dimana tahap personaliti mereka dan sejauhmana matlamat mereka sebagai seorang pelajar. Akhir sekali, pihak unisel telah menghantar wakil daripada pegawai pemasaran untuk menerangkan dan sekaligus mempromosikan universiti selangor kepada pelajar-pelajar sekolah. Slot pemasaran ini diterangkan kos pengajian dan bidang-bidang yang ditawarkan dalam universiti. Program ini berjalan dengan lancar dan berjaya sekaligus telah menarik minat pihak sekolah untuk sedia bekerjasama dengan mahasiswa unisel untuk menjalankan program-program seperti ini kelak.

 

2

KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN PENGEDARAN BEKAS MAKANANPERCUMA

Pada pukul 10 pagi, sebanyak 100 unit bekas makanan percuma telah diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) pada 25 April 2017. Bekas makanan telah diedarkan di hadapan dewan Naib Canselor. Dalam tempoh satu jam, bekas makanan habis diedar kepada mahasiswa Unisel. Program ini telah dihebahkan melalui program Reformation for Interactive atau singkatanya ialah RE4ACT juga anjuran oleh MPP Unisel. Minggu berikutnya, iaitu pad 3 Mei 2017 sekali lagi akan berlangung pengedaran bekas makanan percuma pada mahasiswa unisel. Sebelum hari pengedaran, MPP berusaha untuk menyiapkan 500 unit bekas makanan untuk diberikan. Seawal 7.30 pagi MPP telah bersedia untuk mengatur lokasi kejadian tempat penyerahan akan berlangsung. Pada 8 pagi sudah bermula pengedaran bekas makanan. Bekas makanan juga diedarkan kepada pelajar pertukaran dari Indonesia yang berada di unisel selama 2 minggu. Para pelajar dari Dharma Andalas Padang memberikan komentar yang positif berkaitan program ini. Pelajar unisel juga diberi sedikit penerangan berkaitan penggunaan bekas makanan sendiri lebih baik daripada bekas polistrene ataupun kotak plastic yang menggantikan polisteren. 500 unit bekas makanan selesai diagihkan pada pukul 1 petang.

1

PLANTING MINT IN BOTTLES 2017

KUALA SELANGOR, 30 April – Sepasukan sukarelawan Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya telah melaksanakan program Planting Mint In Bottles. Program ini adalah dibawah anjuran Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar (COMNET). Laporan menyatakan bahawa seramai tiga puluh tujuh orang sukarelawan telah menyertai program ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Program ini diwujudkan bagi memberi kesedaran bahawa pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan dengan menanam pokok pudina. Selain itu juga, bagi menghargai alam sekitar dengan menggunakan botol-botol terpakai sebagai pasu. Para sukarelawan diharap agar menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan juga tumbuh-tumbuhan.