12524403_492140300977150_4155695598658759555_n

Kursus Kepimpinan anjuran SRA Batang Kali

26 Mac 2016 – Kursus Kepimpinan anjuran SRA Batang Kali telah diadakan di dewan sekolah dengan kehadiran 40 peserta di kalangan pengawas sekolah. Program ini telah ditaja oleh Yayasan Darul Yaqeen dan telah menjemput Pusat Jaringan Komuniti COMNET sebagai jurulatih latihan. Turut berkongsi Ilmu adalah Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah dan Sdr Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan, YDP MPP Unisel.

1001102_492108157647031_7475457617331416457_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Tg Jawa, Sabak Bernam

26 Mac 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Tg Jawa, Sabak Bernam telah dilaksanakan dengan fokus kepada ceramah dan pemeriksaan kesihatan oleh mahasiswa kejururawatan Unisel Kampus Shah Alam. Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor HEP turut hadir untuk merasmikan program dan mengumumkan Kg Tg Jawa sebagai Desa Angkat Unisel.

Projek Unisel Cakna telah ditaja oleh MBI Selangor bagi melakukan Pengupayaan Komuniti di sarasan Desa, Sekolah dan Bandar. Usaha ini menetapi motto unisel, Peneraju Transformasi dalam perubahan sosial di dalam Komuniti.

Pada sebelah malam, para anak angkat di bawa untuk menangkoi udang berhampiran sungai Sabak Bernam. Pengalaman ini sangat mengujakan para mahasiswa. Projek ini dibantu urus oleh Encik Jaswendy selaku Penyelaras Unit Khidmat Komuniti COMNET.

12472277_492106440980536_6602578525678620597_n

Bengkel Google Apps (TOT)

25 Mac 2016 – Bengkel Google Apps (TOT) telah berlangsung di GL208 Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat anjuran pelajar IT Management dengan kerjasama COMNET. Ini adalah usaha untuk melatih bakal instruktor yang akan membimbing peserta yang akan datang. Peserta terpilih seramai 10 orang telah mengikuti Bengkel dan berpuashati dengan sesi ini.

Insya Allah pada 5 April 2016 akan diadakan Bengkel Google Apps untuk guru-gura daerah Kuala Selangor. Tahniah kepada Dr Haslinda selaku pembimbing.

12439422_492102537647593_4766620498921818908_n

Misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg SG Gulang Gulang, Tg Karang.

25 Mac 2016 – Mahasiswa Unisel Kampus Shah Alam seramai 30 orang siap untuk memulakan misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg SG Gulang Gulang, Tg Karang. Program ini adalah kerjasama pihak COMNET & JK Masjid Kg SGG. Fokusnya adalah program keluarga angkat, Khidmat gotong royong, Pemetaan Komuniti, bantuan asnaf, Aktiviti memancing, Forum Islam Rahmatan Lil Alamin. Projek ini diketuai oleh Sdr Zulfakar selaku Penyelaras Projek.

10391850_492100880981092_5947956170693082105_n

Projek Pemetaan Komuniti di Kg SG Gulang Gulang

26 Mac 2016 – Projek Pemetaan Komuniti di Kg SG Gulang Gulang diteruskan bagi meninjau realiti kehidupan ibu tunggal dan fakir miskin. Luahan rasa dan rintihan ditekuni dan dicatatkan dalam laporan untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkepentingan. Para sukarelawan yang menjadi anak angkat juga sangat teruja apabila aktiviti memancing di kolam ikan berhasil.

Ini adalah inisiatif dalam program Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa yang ditaja oleh MBI Selangor. Usaha ini diilhamkan oleh En Izwan Suhadak Ishak, selaku Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET.