10348996_489330771258103_4035800780368013766_n

Kunjungan Saudari Zana dan Tim sukarelawan ke MAIS.

22 Mac 2016 – Sdri Zana, Penyelaras Projek Pertandingan Inovasi Deko Asrama MAIS : Make Over dan Tim sukarelawan telah berkunjung dan melihat sendiri unit yang akan dilakukan penambahbaikan dari aspek keceriaan dan ada elemen inisiatif Hijau. Ini adalah usaha kecil untuk menyokong transformasi yang gerakan oleh Dato’ Naib Canselor.

12107807_489319211259259_2464980025557523826_n

Majlis Perasmian Penutup Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di Ehya Ulumideen Narathiwat Thailand.

22 Mac 2016 – Majlis Perasmian Penutup Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di Ehya Ulumideen Narathiwat Thailand. 50 peserta sangat teruja dengan keseluruhan pengisian program dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke UNISEL. Sukarelawan seramai 10 turut terharu dengan sambutan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Projek ini adalah kerjasama pihak COMNET & Al Ehsan.

944362_489311274593386_610415985974970330_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Puncak Alam

22 Mac 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Puncak Alam telah berlangsung dengan jayanya. 20 orang fasilitator daripada Fakulti Pendidikan & Sains Sosial telah membimbing adik-adik pelajar seramai 150 orang. Slot pengisian menumpukan tentang motivasi dan strategi belajar. Semoga usaha kecil ini dapat mencetuskan semangat juang dalam menuntut Ilmu.

1918366_488151861375994_4542694115533412563_n

Tim sukarelawan UNISEL bersama 3 sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia berangkat ke Padang, Indonesia untuk Misi Pendidikan.

20 Mac 2016 – Tim sukarelawan UNISEL seramai 8 orang bersama 3 sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah berangkat ke Padang, Indonesia bagi melaksanakan Misi Pendidikan atas nama Khidmat Komuniti Sekolah di Ponpes Prof Dr Hamka di Maninjau. Projek ini adalah kerjasama antara Unisel dan NGO GPM. Sukarelawan akan menumpukan Kelas Intensif Bahasa Inggeris bagi membimbing 100 pelajar di sekolah ini.

8631_487406778117169_7074347279463712449_n

Kunjungan MB Selangor, YB Azmin Ali ke Unisel.

17 Mac 2016 – Kunjungan MB Selangor, YB Azmin Ali ke Unisel dan melawat beberapa lokasi seperti Fakulti, Pusat Sukan, Masjid dan kawasan sekitar untuk melihat keadaan sebenar Kampus Bestari Jaya amat mengujakan. Turut mengiringi beliau YB Nik Nazmi, Exco Pendidikan, Dato’ NC, TNC dan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET).

YDP MPP UNISEL, Sdr Muhammad Fakhrul Amiruddin turut mendampingi MB dan menjelaskan realiti Kampus. Beliau turut menyerahkan Memorandum Mahasiswa kepada MB bagi menuntut penurunan yuran asrama, makanan percuma dan lain-lain.

Peruntukan bagi Projek Unisel Cakna juga telah diluluskan MB bagi membolehkan Unisel berperanan mendekati dan mencari solusi inovasi Komuniti di seluruh Selangor.

12321185_487402654784248_8091087746851093241_n

Projek di Narathiwat, Thailand.

18 Mac 2016 – Pusat Jaringan Komuniti telah memulakan inisiatif projek pengantarabangsaan yang melibatkan 10 sukarelawan Unisel yang melaksanakan Misi Pendidikan Bahasa Inggeris atas nama Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di Maahad Ehya Ulumideen, Thailand. 50 peserta di kalangan pelajar tingkatan 4-5 daripada beberapa buah sekolah sekitar Narathiwat. Projek ini telah mendapat tajaan daripada Pejabat MB.

Melaporkan dari Narathiwat, Thailand

10363588_486403311550849_5387541862171607207_n

Misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di Maahad Ehya Ulumideen Narathiwat Thailand

Pusat Jaringan Komuniti akan melaksanakan Misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di Maahad Ehya Ulumideen Narathiwat Thailand. 10 sukarelawan di kalangan mahasiswa UNISEL akan fokus mengajar Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu kepada 50 peserta. Projek ini adalah kerjasama Unisel & Al-Ehsan NGO yang penyelaras Projek Pendidikan di Selatan Thailand. Mohon doakan perjalanan misi dipermudahkan dan berjaya dilaksanakan.