20914221_10154735637551472_4827952227855172214_n

LOCAL AGENDA 21 KEMPEN TANAM POKOK & GOTONG ROYONG

PUSAT PELANCONGAN PANTAI REMIS, JERAM : Pada 19 ogos 2017, sukarelawan UNISEL telah mendapat jemputan dari Majlis Dearah Kuala Selangor (MDKS) untuk hadir ke program kempen tanam pokok dan pembersihan pantai. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan penduduk setempat untuk sama-sama berganding bahu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan dan kelestarian generasi akan datang. Disamping itu, pantai remis dapat dijadikan sebagai  salah satu pusat pelancongan yang dapat mempromosikan Kuala Selangor. Tambahan lagi program ini adalah untuk meningkatkan kualiti kemudahan awam yang ada di kawasan pelancongan tersebut untuk memudahkan dan meningkatkkan jumalah pengunjung yang hadir di Pantai Remis.

 

IMG_20170819_092345

Pusat pelancongan Pantai Remis, Jeram

gimik perasmian dengan tanam pokok

Majlis perasmian dilakukan dengan gimik menanam pokok

IMG_20170819_092158

Aktiviti penanam pokok di sepanjang tepi jalan

IMG_20170819_092313

Aktiviti mengecat semula dinding kedai di sekitar kawasan

IMG_20170819_090701

Sukarelawan sedang mengutip sampah yang dibuang

IMG_20170819_092043

Pertandingan “sand art” untuk kanak-kanak

IMG-20170728-WA0017

KONSERVASI SUNGAI SELANGOR

KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR: Pada 23 Julai 2017, Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Unisel  telah menghantar seramai 14 orang sukarelawan ke jeti kelip-kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor sempena program Konservasi Sungai Selangor. COMNET telah dijemput oleh Kelab Alami Kawa turut disertai oleh beberapa ahli team selangor dan komuniti setempat. Program Konservasi Sungai Selangor  ini adalah sempena untuk memastikan sungai dalam keadaan bersih dan selamat untuk spesis kelip-kelip dan bagi meningkatkan sektor pelancong di Kuala Selangor. Program ini telah dijalankan selama 4 jam bermula pada 8 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Sesi taklimat sebelum memulakan aktiviti

Sesi taklimat sebelum memulakan aktiviti

IMG-20170728-WA0038

Taklimat diberikan oleh En Eddie selaku wakil dari kelab alami kawa

IMG_20170723_085628

Persediaan sebelum memulakan aktiviti

IMG_20170723_091158

Aktiviti pengutipan sampan di sekitar sungai selangor

IMG-20170723-WA0001

Sebahagian sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti pembersihan sungai

IMG-20170728-WA0042

Sesi pengumpulan sampah yang telah dikutip oleh sukarelawan

IMG-20170728-WA0037

Sukarelawan unisel bersama-sama dalam membantu memelihara sungai Selangor

 

 

IMG-20170826-WA0122

PROGRAM HARI KOMUNITI DI PPR KOTA DAMANSARA ANJURAN AYG

KOTA DAMANSARA, SELANGOR (26 0GOS 2017)- AYG telah bekerjasama dengan Comnet Unisel untuk menganjurkan satu program bersama-sama penghuni PPR tersebut. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa Unisel dengan penduduk di kawasan tersebut. Disamping itu, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan bagi meriahkan lagi hari komuniti ini. Antara aktiviti yang ada seperti mewarna, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran dan aktiviti belia remaja. Dengan itu, sekumpulan sukarelawan telah dihantar untuk membantu dalam menjalankan program ini.

IMG-20170826-WA0042

Sukarelawan Unisel bersama kanak-kanak PPR Kota Damansara

IMG-20170826-WA0016Aktiviti mewarna bersama peserta sekolah rendah

IMG-20170826-WA0056Sesi pemilihan untuk tentukan pemenang

IMG-20170826-WA0118Sebahagian kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti futsal

IMG-20170826-WA0066Sukarelawan beramah mesra dengan kanak-kanak

IMG-20170826-WA0108Pemenang aktiviti mewarna

IMG-20170826-WA0100Sesi suai kenal

IMG-20170826-WA0012

Sesi pemeriksaan kesihatan bersama EN. Yusmi

2

PROGRAM BAKTI SISWA HULU LANGAT

MMLLIIRR

Pada 9 hingga 11 Jun 2017, Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Unisel  telah menghantar seramai 32 orang sukarelawan ke Kampung Batu 16, Hulu Langat sempena program Bajti Siswa Selangor. COMNET telah dijemput oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan Sains Teknologi Dan Inovasi Selangor turut disertai oleh dua puluh lima orang lagi sukarelawan daripada Kolej Industri Negeri Selangor (INPENS). Program ini bersempena menyambut bulan Ramadan dan meraikan golongan-golongan yang memerlukan di kawasan tersebut.

Untitled

PLANTING MINT IN BOTTLES 2017

KUALA SELANGOR, 30 April – Sepasukan sukarelawan Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya telah melaksanakan program Planting Mint In Bottles. Program ini adalah dibawah anjuran Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar (COMNET). Laporan menyatakan bahawa seramai tiga puluh tujuh orang sukarelawan telah menyertai program ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Program ini diwujudkan bagi memberi kesedaran bahawa pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan dengan menanam pokok pudina. Selain itu juga, bagi menghargai alam sekitar dengan menggunakan botol-botol terpakai sebagai pasu. Para sukarelawan diharap agar menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan juga tumbuh-tumbuhan.