12733469_477642855760228_6506057933177075978_n

Bengkel Pengupayaan Komuniti : Kenali OKU

21 Februari 2016 – Bengkel Pengupayaan Komuniti : Kenali OKU telah dianjurkan oleh COMNET & Malaysian Relief Agency (MRA) di Dewan Kuliah Fasbio Unisel Bestari Jaya. Kehadiran peserta yang berdaftar seramai 100 orang memberikan petanda mahasiswa Unisel sangat PRIHATIN dengan isu OKU.

Acara dimulakan dengan Perasmian oleh Pengarah COMNET, Encik Izwan Suhadak Ishak dengan menyatakan Projek Kesedaran OKU akan terus digeraksedar sepanjang tahun dan memberi Impak sosial di sekitarUnisel.

Penceramah pertama oleh Puan Hjh Fauziah Tahar yang merupakan Ketua subkomiti OKU MRA berkongsi pengalaman dan menerangkan peranan NGO MRA. En Zamzuri daripada PERTIS yang merupakan OKU Penglihatan telah berkongsi tentang realiti kehidupan sebagai OKU serta cabarannya. Beberapa teknik membantu OKU Penglihatan dilakukan demostrasi.

Slot seterusnya, peserta dibahagikan kepada 4 grup untuk belajar Bahasa Isyarat. Asas Bahasa Isyarat yang diajarkan 4 Fasilitator OKU Pendengaran benar-benar mengujakan para peserta.

Resolusi program dicatatkan dengan Kelas Bahasa Isyarat dan Kelas Mesra OKU Penglihatan akan dianjurkan pada masa akan datang secara berkala.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *