11062086_436093879915126_4115234308839815002_n

Perbincangan EnCoral (Encoral Academy)

Perbincangan EnCoral (Encoral Academy) dengan Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin untuk cadangan pembangunan sistem maklumat di Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Alumni & Jaringan Komuniti. Turut hadir adalah Dr Tariqi, En Muhammad dan En Izwan Suhadak.

11059392_436094263248421_5116028564864500749_n

Pet Bottle Race

Gptd Unisel dan COMNET Kerjasama Grass Malaysia telah menganjurkan Pet Bottle Experiment bersempena Pertandingan Inovasi : Pet Bottle Race yang akan dijayakan pada 23-24 Oktober 2015 di Tasik Unisel. Para jawatan kuasa bertungkus lumus menyediakan prototaip Kayak dengan bantuan Mahasiswa Universitas Bina Darma, Palembang Indonesia.

Bengkel Sumbang Saran Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) telah dianjurkan oleh Pusat Jaringan Komuniti | Comnet Unisel di Unisel Shah Alam. COMNET akan menjadi sekretariat untuk mengerakkan agenda CBT di Selangor

Program Jalinan Komuniti 2.0

12003233_436092673248580_5741383811675681801_n

Program Jalinan Komuniti 2.0 anjuran Pusat Islam Unisel, Kelab Generasi Masjid dengan Kerjasama Inpens, SUK dan MBI telah diadakan pada 18-20 September 2015 di Kg Orang Asli Ulu Tamu. Program ini diketuai oleh Ust Luqman Taifor dan kegiatan Pemetaan Komuniti diselia oleh Pusat Jaringan Komuniti | COMNET.

12042659_436091739915340_2608798886965197604_n

Bengkel Siswazah di De Palma Shah Alam Hotel

Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah menghantar 12 orang peserta dari Universiti Selangor ke Bengkel Siswazah di De Palma Hotel Shah Alam.Bengkel dibimbing oleh Dr Alinor di bawah pejabat YB Nik Nazmi. Peserta didedahkan method Penyelidikan dengan tumpuan isu sekitar Selangor meliputi sejarah, ekonomi, pendidikan, Politik dll. Bengkel telah dilaksanakan pada 18-20 September 2015.