Gambar 9

JAMUAN MESRA RAYA AIDILFITRI DI EAT & REPEAT, KUALA SELANGOR BERSAMA PELAJAR INPENS

KUALA SELANGOR, 5 JULAI 2017 – Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan jamuan raya bersama – sama dengan pelajar – pelajar daripada INPENS International College di restoran ‘Eat & Repeat’ di Kuala Selangor. Turut dihadari dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) bersama dengan pegawai pengiring. Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim bersama komuniti dan juga mengadakan hubungan baik bersama istitusi yang lain. Terdapat juga pelajar pelbagai kaum yang memakai pakaian baju melayu dan berbaju kurung.

 

Gambar 10

Gambar 8

Gambar 7

Gambar 5

Gambar 4

Gambar 3

Gambar 2

Gamba1

Para Sukarelawan Program Jelajah Gempaq Ramadhan

PROGRAM JELAJAH GEMPAQ RAMADHAN (9 – 12 JUN 2017)

DAERAH KUALA LANGAT – Pada 9 hingga 12 Jun, pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) dan juga pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah bekerjasama mengadakan program Jelajah Gempaq Ramadhan selama 4 hari. Sepanjang 4 hari tersebut telah mengadakan 4 program yang berbeza iaitu Program Bertadarus, Program Jejak Asnaf, Program Memasak Bubur Lambuk dan Program Cuci Suci di sekitar daerah Kuala Langat. Selain itu, turut dijemput Timbalan Naib Canselor (TNC) ke program-program tersebut. Turut juga memberi sumbangan kepada penerima – penerima bantuan asnaf serta cenderahati dan penghargaan kepada nazir-nazir masjid. Seramai 40 orang sukarelawan termasuk 4 orang pegawai pengiring telah menyertai program khidmat masyarakat pada bulan yang mulia.

 

Bergambar bersama penerima sumbangan

Bergambar bersama penerima sumbangan

Menyediakan bubur

Menyediakan bubur

Memasak bubur lambuk

Memasak bubur lambuk

Penghargaan kepada nazir masjid

Penghargaan kepada nazir masjid

Memberi sumbangan kepada penerima

Memberi sumbangan kepada penerima

Bertadarus

Bertadarus

2

PROGRAM BAKTI SISWA SELANGOR

Bakal berlangsung 9 hingga 11 Jun 2017 ini. Program mahasiswa bersama masyarakat Kampung Batu 16, Hulu Langat. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dijalankan. Mahasiswa kembali menyumbang bakti kepada masyarakat.

Webp.net-compress-image (11)

PROGRAM PENANAMAN POKOK BULANAN

Webp.net-compress-image (12)Webp.net-compress-image (11)

 

BESTARI JAYA , 25 Februari 2017-  Seramai 20 orang sukarelawan daripada Unisel  dan sukarelawan daripada Asia Pacific University telah menyertai Program Penanaman Pokok Bulanan di Hutan Simpan Raja Musa. Program ini dimulakan dengan pengenalan mengenai kepentingan hutan paya dan pengenalan terhadap program oleh Cik Nurhayati, wakil Global Environment Centre. Seterusmya. Encik Tharmizie, wakil PHD, Hulu Selangor menyambung ucapan dengan menerangkan situasi Hutan Simpan Raja Musa dan tujuan program penanaman pokok ini diadakan di Hutan Simpan Raja Musa. Akhir sekali, Encik Saiful memberikan demonstrasi ringkas tentang cara  penanaman Pokok Tenggek Burung di kawasan tersebut. Sukarelawan dibahagikan kepada lima kumpulan di mana setiap kumpulan telah menanam 60 batang pokok yang telah dibahagikan. Para sukarelawan ini telah berjaya menanam sebanyak 300 Pokok Senduduk di sekitar hutan simpan tersebut.

Untitled

PLANTING MINT IN BOTTLES 2017

KUALA SELANGOR, 30 April – Sepasukan sukarelawan Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya telah melaksanakan program Planting Mint In Bottles. Program ini adalah dibawah anjuran Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar (COMNET). Laporan menyatakan bahawa seramai tiga puluh tujuh orang sukarelawan telah menyertai program ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Program ini diwujudkan bagi memberi kesedaran bahawa pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan dengan menanam pokok pudina. Selain itu juga, bagi menghargai alam sekitar dengan menggunakan botol-botol terpakai sebagai pasu. Para sukarelawan diharap agar menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan juga tumbuh-tumbuhan.

damai2

VISIT TO DAMAI DISABLE PERSON ASSOCIATION MALAYSIA

On 22 May2017, our team had an opportunity to visit Damai Disable Person Association Malaysia. This is our first journey in doing community services for disabled person in Selangor. Our team has been warmly welcomed by the Vice President of Damai , Mr Manoharan and other staff.

Damai was established in 1998 with the main objective of reaching out to the disabled people and to help them to be independent.

Their objective is to educate people on the importance of living independently. They hope to unite disable people, be it urban or rural to realize the aim of creating an independent disable community, which will be on par with the rest of society.

Apart from this, they have been actively involved in advocating disabled persons right at National level by collaborating with other NGO’s.

With the initial visit, COMNET hopes to collaborate more with Damai and other NGOs  to enhance the public’s understanding at large on the need to reform structural, social, educational and other spheres of life of the disabled community in this country.

IT IS NOT THE DISABILITY THAT DEFINES YOU

IT’S HOW YOU DEAL WITH THE CHALLENGES THAT THE DISABILITY PRESENT YOU WITH

 

ayg

ADAB YOUTH GARAGE (AYG): SMART ENGAGEMENT AND FUN LEARNING

Pada 7 Mei 2017 telah berlangsung majlis penutupan Smart Engagement and Fun Learning yang dikendalikan oleh pelajar unisel dengan kerjasama Comnet. Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang selepas sembahyang zohor. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu En. Nizam, pengasas Adab Youth Garage (AYG) dan wakil penduduk PPR Kota Damansara. Bilangan peserta dan wakil ibu bapa yang hadir sangat memberansangkan iaitu seramai 40 orang. Pada masa yang sama juga telah berlangsung majlis bacaan Yassin bersempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Pengisiaan majlis ini adalah untuk merumuskan hasil pengajaran dan pembelajaran selama 8 hari iaitu 15, 16, 22, 23, 29, 30 April dan 6, 7 Mei 2017. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan sajak, puisi, nasyid dan silat dari anak-anak penduduk PPR Kota Damansara. Maklumbalas yang diberikan oleh tetamu jemputan sangat baik dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada tetamu jemputan. Majlis tamat pada jam 5.00 petang.

20170423_111442

PROGRAM KEBAJIKAN GOMBAK

Program University Selangor ICT Exhibition 2017 juga menjemput sekolah-sekolah dan institusi sekitar daerah Kuala Selangor. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang bidang-bidang dalam industri Teknologi Maklumat. Kesemua pelajar jemputan program ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5, justeru dapat memberi bantuan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di dalam bidang teknologi maklumat dan secara tidak langsung mempromosikan program-program teknologi maklumat yang ditawarkan di Unisel. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala daripada pihak sekolah dengan pihak Universiti Selangor. Dengan adanya hubungan dua hala ini, pelbagai program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang. Justeru, hubungan yang erat antara pihak sekolah dan pihak Universiti Selangor sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

RamadanKareem

Salam Ramadan Kareem

Pusat Jaringan Komuniti & Kegiatan Pelajar (COMNET) mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Semoga Ramadan pada kali ini menjadi pencetus transformasi diri dan sosial dalam menyantuni komuniti. Kami juga ingin berpesan kepada semua agar berjimat semasa berbelanja dan jangan membazir dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Insya Allah, COMNET melalui inisiatif Unisel Cakna #SmartSelangor akan turun ke lapangan seluruh Selangor untuk memberi khidmat komuniti di masjid-masjid terpilih. Jika ada yang berminat untuk berkolaborasi bersama sila hubungi 017.656.0102 (Izwan).

 

#UniselCakna

#SmartSelangor

12

TOT SUKARELAWAN E-USAHAWAN : UNISEL BESTARI JAYA & UNISEL SHAH ALAM

KUALA SELANGOR, 20 April – Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan satu program TOT Sukarelawan E-Usahawan dengan kerjasama pihak MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) yang telah dilaksanakan di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. . Program TOT Sukarelawan  ini bertujuan untuk mencari sukarelawan ICT dan menyebarkan ilmu yang telah diajar untuk komuniti luar dalam khidmat digital ekonomi. Peserta dapat mengunakan sosial media untuk meluaskan perniagaan mereka dan berdaya saing dengan perniagaan lain diluar. Seramai 32 peserta yang telah menyertai program ini. Dalam program  ini ada 3 saluran yang pihak MDEC terapkan seperti aplikasi FACEBOOK, INSTAGRAM dan WhatsApp. Setiap saluran ini fokus didalam perniagaan.

SHAH ALAM, 7 Mei – Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar telah mengadakan satu program TOT Sukarelawan E-Usahawan dengan kerjasama pihak MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) yang telah dilaksanakan di Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Program TOT Sukarelawan  ini bertujuan untuk mencari sukarelawan ICT dan menyebarkan ilmu yang telah diajar untuk komuniti luar dalam khidmat digital ekonomi. Peserta dapat mengunakan sosial media untuk meluaskan perniagaan mereka dan berdaya saing dengan perniagaan lain diluar. Seramai 92 peserta yang telah menyertai program ini. Dalam program  ini ada 3 saluran yang pihak MDEC terapkan seperti aplikasi FACEBOOK, INSTAGRAM dan WhatsApp. Setiap saluran ini fokus didalam perniagaan.