12936761_498265063698007_3398837778286784932_n

Majlis Makan Malam Program Entrepreneur Cilik.

3 April 2016 – Program Entrepreneur Cilik diakhiri dengan Majlis Makan Malam di Restoran Rawsha, Shah Alam bagi meraikan kejayaan adik-adik peserta yang berjaya mengikuti program. Turut diraikan keluarga peserta di kalangan asnaf yang telah diseranaikan oleh MPP ZON 3 MBSA. 30 peserta Cilik telah mengikuti program ini menerima sijil penghargaan daripada Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET.

Semasa makan malam, Prof Datuk Dr Syed Ahmad Al Saggof telah menyampaikan pidato bagi membangkitkan semangat para hadirin dalam soal survival usahawan dan cabaran masa depan.

Program ini merupakan anjuran COMNET dengan kerjasama MPP ZON 3. Usaha ini adalah inisiatif mendekatkan mahasiswa kepada komuniti sekitar.

12932711_498262330364947_3793587955345260029_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya.

7 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) meneruskan misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya. Ini adalah kali kedua diadakan dalam bulan ini tetapi berbeza sasaran peserta.

Program kali ini menumpukan kepada potensi dan bakat pelajar tingkatan 1 hingga 5 seramai 120 orang di kalangan pelajar pelbagai latarbelakang.

Fasilitator seramai 26 orang dari Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains & Bioteknologi yang telah dilatih COMNET & PEPIAS memberikan Khidmat cemerlang kepada para peserta.

12932903_498251577032689_1561096239456089577_n

Bengkel Google Apps.

5 April 2016 – Bengkel Google Apps telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti COMNET di PPD Kuala Selangor. Seramai 60 peserta di kalangan kaunselor Daerah Kuala Selangor hadir. Tenaga pengajar merupakan pelajar yang telah dibimbing sendiri oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti. Program mendapat sambutan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

12974448_498249707032876_8981182979091168354_n

Program Ulasan Buku anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) dan PPAS.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET telah menghantar 40 pelajar unisel ke Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Kuala Selangor. Program Ulasan Buku anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) dan PPAS merupakan jelajah seluruh negeri Selangor dalam usaha merakyatkan budaya ilmu di kalangan masyarakat. Tajuk buku yang diulas adalah Teleworking & Developments in Malaysia.

12987086_498244057033441_6394992450085089005_n

Program Perintis Keusahawanan Siswa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu Program Perintis Keusahawanan Siswa khusus untuk pelajar-pelajar UNISEL akan dilaksanakan pada cuti semester Mei nanti.

Pelbagai modul berupa aktiviti menarik dan berimpak tinggi akan diterapkan sepanjang program ini berlangsung.

Rebut peluang keemasan ini dengan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 15 April 2016 (Jumaat).

Sila dapatkan borang di kaunter Kebajikan HEP Bestari Jaya / Unit Pembangunan Aktiviti Pelajar Shah Alam @ muat naik borang di Student Portal.

Sila hubungi talian ini jika ada sebarang pertanyaan:

Kampus BJ : 0332805090
Kampus SA : 0355223596

Yuran : Percuma

12938344_498236533700860_3794988041733916584_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAMTTAJ, Shah Alam.

3 April 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAMTTAJ, Shah Alam telah ditutup dengan rasminya oleh Encik Meor Mohd Kamil, wakil Pusat Jaringan Komuniti COMNET.

Pelajar tingkatan 4 sebagai peserta sangat bersemangat mengikuti program ini. Fasilitator pula dikalangan mahasiswa Fakulti Peniagaan. Program ini telah disokong oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dan berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat, 1 April 2016.

12932682_498235570367623_8915319192632901045_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah SMK Bandar Banting.

7 April 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah SMK Bandar Banting telah berlangsung di Dewan Seminar, Unisel Bestari Jaya. Program anjuran bersama Pusat Jaringan Komuniti dengan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) telah menjemput 40 pelajar tingkatan 5 untuk mengikuti Modul Strategi Pembelajaran. Fasilitator telah dilatih oleh PEPIAS dan mereka berkongsi tips dan pengalaman kepada para peserta.

Program telah dirasmikan oleh En Zulfikri Mohd Kamil, Timbalan Pendaftar HEP. Pelajar sangat teruja dengan kesungguhan dan kreativiti fasilitator yang mengendalikan Latihan Dinamika Kumpulan LDK.

12718029_498233377034509_7059791770989953780_n

Program Jelajah Gems di Batang Kali, Hulu Selangor.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET bersama jabatan Unisel yang lain telah membuka kaunter promosi memperkenalkan peranan masing-masing. Program Jelajah Gems di Batang Kali, Hulu Selangor ini merupakan anjuran Pejabat Exco Pendidikan Negeri Selangor bagi menangangi isu sosial. COMNET diwakili pegawainya, En Meor bagi membina Jaringan baharu untuk Projek Unisel Cakna.