12938257_498536670337513_5062594567404380614_n

Mahasiswa TESL menjalankan Pemetaan Komuniti di Kg Tannamaran, Bestari Jaya.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET, telah mempersiapkan 20 sukarelawan di kalangan mahasiswa TESL untuk menjalankan Pemetaan Komuniti di Kg Tannamaran, Bestari Jaya. Pemetaan bermula seawal 9.00 pagi telah diketuai oleh Sdr Yuven, meninjau dan menebual hampir 100 buah rumah.

Hampir semua penduduk kampung merupakan Komuniti India yang bekerja di ladang berhampiran. Sukarelawan turut memberikan sumbangan set dapur asas kepada sasaran yang kurang berkemampuan. Beberapa rancangan akan dilaksanakan bagi mengupaya peranan belia di sini. Program berakhir sekitar jam 4.00 petang. Terima kasih kepada kepada pihak ketua kampung yang memberikan kerjasama.

12963870_498534893671024_49718182381294100_n

Walk4Humanity di dataran Shah Alam.

10 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET telah menghantar penyertaan seramai 12 orang mahasiswa Unisel untuk menyokong usaha NGO Rose2Rose MyCare yang melaksanakan Walk4Humanity di dataran Shah Alam. Program ini adalah untuk mempromosikan nilai kemanusiaan kepada warga Selangor.

12961518_498266827031164_897530148119005826_n

Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Nad Tanjong, Patani telah berjaya melengkapkan misinya.

4 April 2016 – Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Nad Tanjong, Patani telah berjaya melengkapkan misinya dengan mengajar Bahasa Inggeris dan Latihan Memanah.

10 sukarelawan Unisel telah berkhidmat selamat 5 hari dan sambutan warga Kg Nad Tanjong sangat meriah. Para sukarelawan sangat terharu dengan layanan Mesra.

Misi kali ini, sukarelawan telah menyerahkan sumbangan berjumlah rm1500 kepada pihak Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Nad Tanjong dan 2 busur serta 2 dosen anak panah kepada Ust Usman, Imam Masjid Al Wustha merangkap pemegang amanah rumah anak yatim.

12936761_498265063698007_3398837778286784932_n

Majlis Makan Malam Program Entrepreneur Cilik.

3 April 2016 – Program Entrepreneur Cilik diakhiri dengan Majlis Makan Malam di Restoran Rawsha, Shah Alam bagi meraikan kejayaan adik-adik peserta yang berjaya mengikuti program. Turut diraikan keluarga peserta di kalangan asnaf yang telah diseranaikan oleh MPP ZON 3 MBSA. 30 peserta Cilik telah mengikuti program ini menerima sijil penghargaan daripada Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET.

Semasa makan malam, Prof Datuk Dr Syed Ahmad Al Saggof telah menyampaikan pidato bagi membangkitkan semangat para hadirin dalam soal survival usahawan dan cabaran masa depan.

Program ini merupakan anjuran COMNET dengan kerjasama MPP ZON 3. Usaha ini adalah inisiatif mendekatkan mahasiswa kepada komuniti sekitar.

12932711_498262330364947_3793587955345260029_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya.

7 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) meneruskan misi Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Sijangkang Jaya. Ini adalah kali kedua diadakan dalam bulan ini tetapi berbeza sasaran peserta.

Program kali ini menumpukan kepada potensi dan bakat pelajar tingkatan 1 hingga 5 seramai 120 orang di kalangan pelajar pelbagai latarbelakang.

Fasilitator seramai 26 orang dari Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains & Bioteknologi yang telah dilatih COMNET & PEPIAS memberikan Khidmat cemerlang kepada para peserta.

12932903_498251577032689_1561096239456089577_n

Bengkel Google Apps.

5 April 2016 – Bengkel Google Apps telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti COMNET di PPD Kuala Selangor. Seramai 60 peserta di kalangan kaunselor Daerah Kuala Selangor hadir. Tenaga pengajar merupakan pelajar yang telah dibimbing sendiri oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti. Program mendapat sambutan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

12974448_498249707032876_8981182979091168354_n

Program Ulasan Buku anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) dan PPAS.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET telah menghantar 40 pelajar unisel ke Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Kuala Selangor. Program Ulasan Buku anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) dan PPAS merupakan jelajah seluruh negeri Selangor dalam usaha merakyatkan budaya ilmu di kalangan masyarakat. Tajuk buku yang diulas adalah Teleworking & Developments in Malaysia.

12987086_498244057033441_6394992450085089005_n

Program Perintis Keusahawanan Siswa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu Program Perintis Keusahawanan Siswa khusus untuk pelajar-pelajar UNISEL akan dilaksanakan pada cuti semester Mei nanti.

Pelbagai modul berupa aktiviti menarik dan berimpak tinggi akan diterapkan sepanjang program ini berlangsung.

Rebut peluang keemasan ini dengan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 15 April 2016 (Jumaat).

Sila dapatkan borang di kaunter Kebajikan HEP Bestari Jaya / Unit Pembangunan Aktiviti Pelajar Shah Alam @ muat naik borang di Student Portal.

Sila hubungi talian ini jika ada sebarang pertanyaan:

Kampus BJ : 0332805090
Kampus SA : 0355223596

Yuran : Percuma