12938344_498236533700860_3794988041733916584_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAMTTAJ, Shah Alam.

3 April 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAMTTAJ, Shah Alam telah ditutup dengan rasminya oleh Encik Meor Mohd Kamil, wakil Pusat Jaringan Komuniti COMNET.

Pelajar tingkatan 4 sebagai peserta sangat bersemangat mengikuti program ini. Fasilitator pula dikalangan mahasiswa Fakulti Peniagaan. Program ini telah disokong oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dan berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat, 1 April 2016.

12932682_498235570367623_8915319192632901045_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah SMK Bandar Banting.

7 April 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah SMK Bandar Banting telah berlangsung di Dewan Seminar, Unisel Bestari Jaya. Program anjuran bersama Pusat Jaringan Komuniti dengan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) telah menjemput 40 pelajar tingkatan 5 untuk mengikuti Modul Strategi Pembelajaran. Fasilitator telah dilatih oleh PEPIAS dan mereka berkongsi tips dan pengalaman kepada para peserta.

Program telah dirasmikan oleh En Zulfikri Mohd Kamil, Timbalan Pendaftar HEP. Pelajar sangat teruja dengan kesungguhan dan kreativiti fasilitator yang mengendalikan Latihan Dinamika Kumpulan LDK.

12718029_498233377034509_7059791770989953780_n

Program Jelajah Gems di Batang Kali, Hulu Selangor.

9 April 2016 – Pusat Jaringan Komuniti COMNET bersama jabatan Unisel yang lain telah membuka kaunter promosi memperkenalkan peranan masing-masing. Program Jelajah Gems di Batang Kali, Hulu Selangor ini merupakan anjuran Pejabat Exco Pendidikan Negeri Selangor bagi menangangi isu sosial. COMNET diwakili pegawainya, En Meor bagi membina Jaringan baharu untuk Projek Unisel Cakna.

12933106_496152270575953_6247803007157740133_n

Projek Entrepreneur Cilik oleh Sukarelawan Unisel.

3 April 2016 – Projek Entrepreneur Cilik diteruskan pada hari ke 2 oleh Sukarelawan Unisel. Kali ini kanak-kanak asnaf Shah Alam MPP ZON 3 dibawa ke Muzium Coklat dan Muzium Negara untuk meninjau realiti Industri dan Ekonomi Malaysia. Peserta sangat teruja dengan pendedahan yang diberikan. Projek ini bertujuan untuk melahirkan semangat keusahawanan dikalangan kanak-kanak asnaf agar ianya menjadi kerjaya pilihan bila besar nanti. Sukarelawan adalah mahasiswa Fakulti Bisnes, Unisel Shah Alam.

12933056_495666143957899_7870179131293625767_n

Mesyuarat Penyelarasan JK Anugerah Kepimpinan Siswa 2015

1 April 2016 – Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET, Encik Izwan Suhadak Ishak telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan JK Anugerah Kepimpinan Siswa 2015 sebagai salah seorang panel penilaian pencalonan di Bilik Mesyuarat Senat, Unisel Shah Alam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Md Nor, Penolong Pendaftar Kanan HEP.

12919768_495664390624741_2504370299158227003_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAM Tinggi Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam

1 April 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SAM Tinggi Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam telah dimulakan dengan Perkongsian Motivasi oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti COMNET kepada peserta tingkatan 4 seramai 140 orang. Mahasiswa di kalangan Fakulti Perniagaan telah menjadi fasilitator pada program kali ini.

Tema program ini adalah Remaja Unggul yang akan menumpukan tentang jatidiri dan sahsiah bercirikan sifat nabi iaitu Amanah, Siddiq, Fatonah, Tabligh. Peserta sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator. Terima kasih pihak sekolah kerana memberikan ruang dan peluang bekerjasama untuk pembangunan potensi pelajar.

12936600_495661213958392_8791143555855649557_n

Hari kedua Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Rawang

31 Mac 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Sekolah di SMK Rawang diteruskan pada hari kedua dengan aktiviti yang lebih mengujakan. Fasilitator dikalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial yang telah dilatih oleh PEPIAS telah menunjukkan kesungguhan di dalam slot Latihan Dinamika Kumpulan (LDK). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada universiti dan harap Aktiviti seperti ini dapat diteruskan.

10403680_495658920625288_6775661885547262531_n

Aktiviti Kelas Bahasa Inggeris di Kg Nad Tanjong, Selatan Thailand

1 April 2016 – Projek Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Nad Tanjong, Selatan Thailand diteruskan dengan aktiviti Kelas Bahasa Inggeris. Sebelah siang sukarelawan mengajar pelajar sekolah rendah manakala malam mengajar pelajar sekolah menengah.

Sukarelawan berpeluang bersama dengan Gabenor Patani dalam acara melepaskan benih udang di dalam kolam. Turut hadir adalah ketua kampung dan wakil Rakyat Nad Tanjong. Kali ini sukarelawan juga mengadakan latihan Memanah dan Berkuda.