Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) akan menganjurkan program bertema kesedaran alam sekitar di Surau Al-Falah Taman Sirambai, Kuala Selangor. Program ini bertujuan untuk mempromosi kesedaran ancaman perubahan iklim di peringkat gerakan global. Atas kesedaran itu, Bengkel Alam Sekitar (BEST) dilaksanakan bagi memberikan kemahiran kepada komuniti setempat tentang idea 3R (Reduce, Reuse, Recycle ) sampah boleh menjana satu produk baharu. Melalui program ini eksperiman dan kreativiti penghasilan produk melalui penggunaan bahan-bahan terpakai. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mempromosi dan menjual hasil kreativiti mereka. Projek ini disokong oleh Team Selangor melalui Geran Komuniti bernilai RM3000.00 yang akan dilaksanakan 4 siri. Projek ini turut disokong oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) dan Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS).
Bengkel Alam Sekitar (BEST)


Start Time
8:00 am
January 11, 2020
Finish Time
1:00 pm
January 19, 2020
Address
Surau Al-Falah Taman Sirambai