2

KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN PENGEDARAN BEKAS MAKANANPERCUMA

Pada pukul 10 pagi, sebanyak 100 unit bekas makanan percuma telah diedarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor (Unisel) pada 25 April 2017. Bekas makanan telah diedarkan di hadapan dewan Naib Canselor. Dalam tempoh satu jam, bekas makanan habis diedar kepada mahasiswa Unisel. Program ini telah dihebahkan melalui program Reformation for Interactive atau singkatanya ialah RE4ACT juga anjuran oleh MPP Unisel. Minggu berikutnya, iaitu pad 3 Mei 2017 sekali lagi akan berlangung pengedaran bekas makanan percuma pada mahasiswa unisel. Sebelum hari pengedaran, MPP berusaha untuk menyiapkan 500 unit bekas makanan untuk diberikan. Seawal 7.30 pagi MPP telah bersedia untuk mengatur lokasi kejadian tempat penyerahan akan berlangsung. Pada 8 pagi sudah bermula pengedaran bekas makanan. Bekas makanan juga diedarkan kepada pelajar pertukaran dari Indonesia yang berada di unisel selama 2 minggu. Para pelajar dari Dharma Andalas Padang memberikan komentar yang positif berkaitan program ini. Pelajar unisel juga diberi sedikit penerangan berkaitan penggunaan bekas makanan sendiri lebih baik daripada bekas polistrene ataupun kotak plastic yang menggantikan polisteren. 500 unit bekas makanan selesai diagihkan pada pukul 1 petang.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *