8631_487406778117169_7074347279463712449_n

Kunjungan MB Selangor, YB Azmin Ali ke Unisel.

17 Mac 2016 – Kunjungan MB Selangor, YB Azmin Ali ke Unisel dan melawat beberapa lokasi seperti Fakulti, Pusat Sukan, Masjid dan kawasan sekitar untuk melihat keadaan sebenar Kampus Bestari Jaya amat mengujakan. Turut mengiringi beliau YB Nik Nazmi, Exco Pendidikan, Dato’ NC, TNC dan Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET).

YDP MPP UNISEL, Sdr Muhammad Fakhrul Amiruddin turut mendampingi MB dan menjelaskan realiti Kampus. Beliau turut menyerahkan Memorandum Mahasiswa kepada MB bagi menuntut penurunan yuran asrama, makanan percuma dan lain-lain.

Peruntukan bagi Projek Unisel Cakna juga telah diluluskan MB bagi membolehkan Unisel berperanan mendekati dan mencari solusi inovasi Komuniti di seluruh Selangor.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *