Pembangunan Keupayaan

 

Objektif: Untuk melatih dan membangunkan kemahiran dan keupayaan kakitangan, pelajar dan pihak berkepentingan untuk bertindak dan menjadi pemimpin dalam komuniti.

 

Aktiviti dan program:

 

  1. Menganjurkan program latihan kepimpinan dan program pembangunan belia: Membangunkan daya kepimpinan dan kemahiran komunikasi, serta menerapkan nilai murni (bertanggungjawab kepada Tuhan dan makhluk, integriti, beretika, menjaga ketepatan masa, sahsiah mulia, tertib melaksanakan urusan, berupaya mengawal nafsu).
  2. Membuat kerjasama dengan pemimpin komuniti dan NGO.
  3. Memantau bagaimana kemahiran yang diterapkan dapat diaplikasikan.
  4. Memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang menunjukkan hasil perkhidmatan yang berkesan dan berimpak tinggi untuk komuniti.