PERKHIDMATAN

 PERKHIDMATAN COMNET

 

UNISEL sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersungguh-sungguh mempersiapkan para graduan agar kompeten, telus dan beretika melalui penyediaan kurikulum akademik dan ko-kurikulum yang terbaik. Bagi memantapkan lagi kualiti idealisme, intektual, dan spiritual warga kampus beberapa komponen aktivisme diterapkan untuk memastikan peranan UNISEL dirasai oleh komuniti sekitar. Ini juga penting kepada para mahasiswa agar memahami keperluan realiti komuniti setempat. Oleh itu, berikut adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh COMNET:

  1. Kursus Pengajaran dana Pembelajaran Berstruktur (pembelajaran perkhidmatan)
  2. Penglibatan Penyelidikan Berasaskan Komuniti (CBPR Engagement).
  3. Tanggungjawab Sosial Korporat dengan kawasan tumpuan industri korporat CE
  4. Penjajaran dengan Hala Tuju Negara & Antarabangsa oleh pelbagai pihak berkepentingan seperti
    Kerajaan, NGO & Persatuan Antarabangsa.

 

Melalui kerjasama dengan komuniti secara perundingan, strategik dan taktikal, COMNET bercita-cita untuk:

  1. Membuka peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
  2. Membuka minda dan mengembangkan pengetahuan pihak-pihak berkepentingan
  3. Memupuk semangat baru tanggungjawab sosial warga kampus dengan penglibatan komuniti
    kampus dalam aktiviti komuniti.
  4. Menjana perkongsian mampan, melalui komunikasi yang berkesan dan tingkah laku penyertaan
    teladan di kalangan pihak berkepentingan.
  5. Mempraktikkan amalan terbaik dengan menetapkan hasil yang jelas dan teradapat kayu ukur untuk
    mengukur kemajuan program CE.