Untitled

PLANTING MINT IN BOTTLES 2017

KUALA SELANGOR, 30 April – Sepasukan sukarelawan Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya telah melaksanakan program Planting Mint In Bottles. Program ini adalah dibawah anjuran Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar (COMNET). Laporan menyatakan bahawa seramai tiga puluh tujuh orang sukarelawan telah menyertai program ini. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti Dan Kegiatan Pelajar, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Program ini diwujudkan bagi memberi kesedaran bahawa pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan dengan menanam pokok pudina. Selain itu juga, bagi menghargai alam sekitar dengan menggunakan botol-botol terpakai sebagai pasu. Para sukarelawan diharap agar menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan juga tumbuh-tumbuhan.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *