12744568_476791492512031_8824803898483446580_n

Program Wacana Sejarah Tamadun Selangor

17 Februari 2016 – Wacana Sejarah Tamadun Selangor / Siri Pertama telah berlangsung di Dewan Pro Canselor, Unisel Shah Alam dengan kehadiran lebih 200 peserta. Acara ini telah dimulakan oleh En Izwan Suhadak dengan menyampaikan ucapan Aluan diikuti oleh ucapan perasmian oleh YBhg Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, TNC HEP.

Wacana kali ini menampilkan Dr Alinor yang membicarakan tentang Selangor dalam Teks eropah 1800. Cikgu Lee Kim Sin, mantan DUN Kajang membentangkan makalah bertajuk Evolusi Bandar Kajang. Sdr Rohaizat, calon PhD UKM membawakan tema Pengelintaran Perahu di Selangor.

Sesi petang dibawakan anak muda, Sdr Hanapi dengan makalah berjudul Fasa Awal pengajian Islam di Selangor. Manakala dialek jugra, dialek Asli Selangor telah dibentangkan oleh Dr Alinor mewakili Sdr Tirmizi yang tidak dapat hadir.

Resolusi akhir bersetuju seperti berikut:

1. Menganjurkan Bengkel Penyelidikan Berasaskan Komuniti di Selangor.
2. Mengusulkan kursus khusus berasaskan sejarah sosio budaya, politik ekonomi dan pendidikan di Selangor di dalam pengajian di unisel.
3. Menggerakkan penyelidik bebas ke seluruh Selangor untuk mendokumentasi dan mendokumentarikan profil komuniti.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *