DSCF8737

SELANGKAH KE MENARA GADING

Kuala Selangor : 8 April 2017 (Sabtu), Seramai 88 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 daripada sekolah menengah kuala selangor menghadiri program selangkah ke menara gading yang telah dianjurkan oleh mahasiswa unisel dibawah subjek MPU Event Managment dengan kerjasama Persatuan Siswa/i Sabah, CDFS dan Comnet Unisel pada 8 April 2017 yang lalu. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan UNISEL kepada pelajar-pelajar sekolah menengah terutamanya yang berada di kawasan luar bandar, Memberikan satu bentuk pendekatan baru dalam proses pemantapan jati diri pelajar, Memperkukuh semangat untuk berjaya dan seterusnya melangkah ke alam pengajian tinggi. Selain itu juga, program ini memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan di universiti serta memperkenalkan bidang-bidang yang ditawarkan di UNISEL kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Pihak penganjur juga telah menjemput Timbalan Dekan Pusat Pembangunan Pengajian Asas iaitu Dr Hazeeq Hazwan Bin Azman. Dr haziq merupakan alumni unisel yang telah berjaya dalam bidang pelajarannya. Beliau menyambung pelajaran sehingga ke luar negara sehingga ke peringkat dr falsafah. Beliau berkongsi pengalaman dan tips bagaimana mengatur strategi untuk berjaya sepertinya kepada pelajar-pelajar sekolah. Slot motivasi pula diambil alih oleh pengacara tv al-hijrah iaitu Encik Fadzli bin Aziz. Beliau merupakan salah seorang personaliti tv yang berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai tips dan motivasi yang sangat bermanfaat kepada pelajar dan memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ilmu adalah sangat penting untuk dipelajari tidak kira peringkat usia dan waktu. Slot seterusnya pula pihak mahasiswa MPU Event Managment menjemput pensyarah daripada Fakulti Sains dan Bioteknologi iaitu Encik Afiq Azri untuk slot personaliti test pelajar. Dalam slot ini, pelajar-pelajar mengetahui sendiri dimana tahap personaliti mereka dan sejauhmana matlamat mereka sebagai seorang pelajar. Akhir sekali, pihak unisel telah menghantar wakil daripada pegawai pemasaran untuk menerangkan dan sekaligus mempromosikan universiti selangor kepada pelajar-pelajar sekolah. Slot pemasaran ini diterangkan kos pengajian dan bidang-bidang yang ditawarkan dalam universiti. Program ini berjalan dengan lancar dan berjaya sekaligus telah menarik minat pihak sekolah untuk sedia bekerjasama dengan mahasiswa unisel untuk menjalankan program-program seperti ini kelak.

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *