1001102_492108157647031_7475457617331416457_n

Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Tg Jawa, Sabak Bernam

26 Mac 2016 – Unisel Cakna // Khidmat Komuniti Desa di Kg Tg Jawa, Sabak Bernam telah dilaksanakan dengan fokus kepada ceramah dan pemeriksaan kesihatan oleh mahasiswa kejururawatan Unisel Kampus Shah Alam. Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor HEP turut hadir untuk merasmikan program dan mengumumkan Kg Tg Jawa sebagai Desa Angkat Unisel.

Projek Unisel Cakna telah ditaja oleh MBI Selangor bagi melakukan Pengupayaan Komuniti di sarasan Desa, Sekolah dan Bandar. Usaha ini menetapi motto unisel, Peneraju Transformasi dalam perubahan sosial di dalam Komuniti.

Pada sebelah malam, para anak angkat di bawa untuk menangkoi udang berhampiran sungai Sabak Bernam. Pengalaman ini sangat mengujakan para mahasiswa. Projek ini dibantu urus oleh Encik Jaswendy selaku Penyelaras Unit Khidmat Komuniti COMNET.

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *