Diskusi Penyelarasan Projek Komuniti

Susulan daripada Bengkel Kerja Komuniti (BKK) yang telah dilaksanakan pada minggu lepas melibatkan dua kampus Bestari Jaya dan Shah Alam, Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) mengambil inisiatif bersama Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PADU) untuk membuat penyelarasan projek komuniti di 4 DUN iaitu Kota Anggerik, Permatang, Ijok dan Bukit Melawati. Atas persetujuan bersama bersempenan Hari Pembentangan Projek Komuniti akan dijadikan satu penganjuran Seminar Komuniti Mahasiswa Budiman (SEMERBAK) pada 6 Februari 2019 (Khamis) jam 9.00 pagi – 1.00 petang di Auditorium Al-Ghazali.