KPOP 5.0 Menerapkan Karakter Budiman Kepada Siswa

Lebih 60 orang pimpinan mahasiswa daripada 30 organisasi pelajar telah hadir ke Kursus Pimpinan Organisasi Pelajar (KPOP 5.0) di Kompleks Sukan. Latihan tradisi ini sudah masuk tahun ke tiga sejak 2017 dilaksanakan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET). Kali ini diadakan selama dua hari satu malam dengan pelbagai pengisian slot ceramah meliputi Pemetaan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang disampaikan oleh Encik Mohd Yusaimi Md Yusof, Presiden Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS). Tuan Haji Nik Mohd Yusof Bin Nik Ismail selaku Pengerusi WADAH Selangor turut berkongsi aspirasi Kepimpinan Mahasiswa Bertindak kepada semua pelapis pimpinan organisasi pelajar tahun 2020. Objektif program ini untuk membangunkan minda pimpinan berkonsepkan Mahasiswa Budiman dan siap untuk dibangunkan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal. Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET telah mengemudi KPOP 5.0 ini sebagai jurulatih utama dan dibantu oleh Encik Meor Mohd Kamil dan Encik Jaswendy Jaswir selain empat lagi fasilitator mahasiswa. Program ini melabuhkan tirai dengan perbahasan sidang pleno oleh wakil-wakil pimpinan untuk diangkat kepada pihak COMNET agar dipertimbang sebagai satu nilai penambahbaikan polisi.
