Mahasiswa Budiman Gempur Tahun 2020

Lebih 15 organisasi pelajar terlibat dalam program latihan anjuran Pusat Jaringan Komuniti & Kegiatan Pelajar (COMNET). Melibatkan 30 orang mahasiswa UNISEL Kampus Shah Alam telah mengikuti Kursus Pimpinan Organisasi Pelajar (KPOP 6.0) pada 14-15 Disember 2019. Penganjuran ini merupakan kali ke enam sejak tiga tahun lepas. Objektif program ini merupakan latihan kepimpinan pelapis Organisasi Pelajar (OP) pada tahun 2020 agar lebih jelas dengan matlamat penubuhan organisasi masing-masing. Peserta diterapkan dengan konsep mahasiswa budiman dan pemetaan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan penganjuran setiap program. 3 orang fasilitator di kalangan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut membantu jurulatih yang dipimpin sendiri oleh Pengarah COMNET iaitu Izwan Suhadak Ishak. Beberapa usul telah dikemukakan ketika Sidang Pleno bagi menangani isu-isu kemahasiswaan serta Resolusi KPOP 6.0 telah dibaca oleh ketua peserta Saudara Amirul. Semua sedia memberikan komitmen 2020 untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan dan siap untuk memberi khidmat terbaik kepada mahasiswa UNISEL dan khidmat gempur komuniti di seluruh Selangor.