MPP Galakkan Pelajar Aktif Ko Kurikulum

Pada 22 Disember 2019 (Isnin) telah berlangsungnya Hari Pengenalan Kelab & Persatuan bagi tujuan mempromosikan Kelab/persatuan/sukan yang aktif di Universiti Selangor kampus Shah Alam. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dianjurkan oleh Exco Kelab, Persatuan dan Sukan, Majlis Perwakilan Pelajar 2019/20 Universiti Selangor. Majlis ini dirasmikan oleh En. Izwan Suhadak bin Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Pelajar. Program ini telah melibatkan 17 kelab/persatuan dan 5 sukan yang aktif Universiti Selangor. Program ini telah berjaya menjadi satu platform bagi pelajar mencari kelab/persatuan/sukan yang mereka minati dengan adanya program sebegini ia dapat membuka mata para pelajar Universiti Selangor tentang kepentingan menjadi ahli yang aktif dalam sesebuah organisasi. Pada kesempatan ini juga, Majlis Perwakilan Pelajar mengambil inisiatif untuk membantu Anak Yatim di Teratak Nur Barakah dengan mengadakan gerai jualan amal iaitu program ”Fashion Waste”. Komiti program ini telah mengumpulkan Pakaian Terpakai daripada pelajar, pensyarah dan Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam dan menjualnya dengan hargan yang murah. Hasil daripada jualan amal ini akan disumbangkan kepada Teratak Nur Barakah, Seksyen 24, Shah Alam.