Penyelarasan Dana Kegiatan Pelajar

Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) telah berdiskusi bersama pihak Pejabat Kewangan dan Pejabat Sumber Manusia bagi melihat kembali dasar dan polisi kewangan dan pengangkutan agar keutamaan pembangunan pelajar diambil perhatian yang seimbang. Pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman yang luas melalui penglibatan di dalam organisasi pelajar dan menjalankan kegiatan yang bermanfaat. Justeru, dasar dan polisi perlu lebih inklusif dan mesra pelajar agar lebih banyak ruang dan peluang dapat diberikan kepada pimpinan pelajar di UNISEL. Pihak Kewangan setuju untuk melihat kembali rekod perbelanjaan dana kegiatan pelajar yang lebih jelas. Manakala pihak Unit Pengangkutan akan menyediakan kadar minimum bagi penggunaan pengangkutan universiti selain bersetuju menggunakan rekod maklumat atas talian agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.