AYG : New Horizon

Adab Youth Garage (AYG) rakan kolaborasi Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) telah meraikan sukarelawan, pendukung garaj komuniti, penaja dan rakan strategik di dalam penganjuran Makan Malam Amal di Kelab Shah Alam. Acara yang meriah dengan persembahan anak-anak flat yang telah dibimbing oleh Pekerja Belia AYG separuh masa. Sebelum ini COMNET pernah menghantar beberapa sukarelawan dalam siri khidmat komuniti bagi menyokong usaha mendekati anak-anak flat yang pelbagai warna dan watak. Mereka ini sangat berpotensi jika diberikan sentuhan yang betul. Makan Malam ini telah berjaya meluncurkan sebuah buku berjudul Kami Budak Flat kerja kandungan yang agak unik untuk tatapan para sukarelawan dan komuniti. Acara ini dihadiri oleh Encik Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET dan beberapa orang pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai pendedahkan dan jaringan bersama pihak-pihak berkepentingan yang lain di kalangan NGO dan agensi kerajaan agar dapat dimanfaatkan bersama.