Sukarelawan Cetus Kemeriahan di Taman Bendahara Kuala Selangor

17/1/2020 (JUMAAT), Syukur AlhamduLillah, kerana dengan izinNya, dan limpah kurniaNya, serta syafaat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka program Telematch Comunity telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dewan Taman Bendahara Kuala Selangor pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Majlis dihadiri oleh penduduk Taman Bendahara seramai hampir 80 orang termasuk Ahli Jawatankuasa Program. Majlis dimulai dengan aktiviti zumba yang diketuai oleh AJK atasan program.
Seterusnya aktiviti sukaneka yang dibuat oleh Taman Bendahara iaitu :-
1.Bola Beracun
2.Music chair
3.Bowling kelapa
4. Basikal lambat
5. Cabutan bertuah
Majlis kemudian diteruskan dengan aktiviti yang dibuat oleh Mahasiswa Unisel dengan pembahagian kumpulan berdasarkan checkpoint yang telah dirancang iaitu:
Checkpoint 1 Model Mummia
Checkpoint 2 Charades
Checkpoint 3 Mystery Box
Checkpoint 4 Make up Challenge
Checkpoint 5 Telefon Berkarat
Checkpoint 6 Balingan kasih sayang
Checkpoint 7 Tali Buta
Seterusnya, sesi majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil mahasiswa Unisel iaitu Saudara Salman, kemudiannya ucapan Pengarah Program iaitu Saudara Zuhair dan ucapan daripada Pengerusi KRT@ JKP Taman Bendahara iaitu Tuan Zaimi bin Idris . Seterusnya merasmikan Majlis penutup, tidak lupa juga diucapkan kepada wakil PEMADAM untuk pameran ANTI DADAH. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada pemenang dan wakil Team Selangor, PEMADAM, KRT, wakil Unisel( Miss Hasliza).
Majlis kemudiannya diserahkan kembali kepada saudari Pengerusi Majlis dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi KRT@ JKP Taman Bendahara iaitu Tuan Zaimi bin Idris atas kebenaran beliau untuk mengadakan program ini. Terima kasih ini juga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa UNISEL BJ yang bertungkus lumus mengadakan program ini.
Setiap usaha yang baik akan mendatangkan hasil yang baik.
Sekian, terima kasih
Laporan oleh:
MOHAMMAD ZUHAIR BIN HASSAN
PENGARAH PROGRAM
TELEMATCH COMMUNITY
#Mahasiswabudiman
#TeamSelangor
#KRTTamanBendahara
#uniselawesome
#perpaduandihati
#mengakarmasyarakat