Garis Panduan Penyertaan SEMERBAK 2020

1.0 FORMAT LAPORAN
a. Setiap projek komuniti diminta membuat pembentangan laporan berdasarkan format yang disediakan.
b. Setiap kumpulan perlu menyediakan laporan menggunakan Microsoft Power Point (laporan dalam bentuk slides pembentangan).
c. Semua laporan yang telah siap disediakan oleh pelajar perlu disemak terlebih dahulu oleh pensyarah/ penasihat dan membuat pembetulan.
d. Berikut ada kandungan yang perlu ada dalam laporan:
• Objektif program
• Kumpulan sasar
• Proses kerja
• Cabaran yang dihadapi
• Impak Program
• Maklum Balas daripada kumpulan sasar
• Laporan kewangan (pendapatan & perbelanjaan)
2.0 PENGHANTARAN
a. Sila hantar salinan dokumen yang muktamad melalui https://forms.gle/pzc1QTnxmbeXYxrt7 selewatnya pada 17 Feb 2020 sebelum jam 5.00 petang.
b. Pembentangan perlu dibuat secara lisan pada 19 Feb 2020.
c. Video berdurasi 3 min – 5 min merangkumi keseluruhan projek komuniti.
d. Video mesti mengandungi logo (UNISEL, UNISEL CAKNA, PERSATUAN/PADU, COMNET dan TEAM SELANGOR dll) dan kredit penghargaan kepada pihak berkaitan pada bahagian akhir video.
3.0 PEMBENTANGAN
a. Pembentangan oleh wakil kumpulan (max 3 orang).
b. Setiap kumpulan diberi selama 5 minit untuk pembentangan.
c. Perlu pakaian formal dalam pembentangan.
d. Kriteria Penilaian:
• Impak program
• Pendanaan
• Kerja berpasukan
• Pembentangan
• Video