Fasilitator UNISEL Membimbing Peserta Graduate Employability & Marketability (GEM)

Sabak Bernam, 19 Feb 2020 – Team Selangor telah manganjurkan Graduate Employability & Marketability (GEM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam semalam 2 hari bermula 18 Februari 2020. Pihak Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) dengan kerjasama Kelab Motivator telah menjadi fasilitator bagi program ini. Fasilitator yang terlibat di bawah kelab yang berdaftar di bawah HEP UNISEL adalah seramai 40 orang. Seramai 400 peserta dari kalangan pelajar politeknik telah hadir mengikuti program ini. Pada hari pertama pelbagai slot dijalankan termasuk ceramah daripada Job Malaysia. Seterusnya cara membuat resume yang tepat, mencari kerja yang betul dan bidang mana yang harus kita ceburi. pada hari kedua kita telah jalankan aktiviti seperti halatuju kejaya yang harus kita pergi. program tersebut sangat bermanfaat untuk kami fasilitator mahupun perserta yang join.