Fakta Nombor : Mahasiswa Budiman X Team Selangor

Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET) memulakan tahun 2020 dengan agenda pemerkasaan komuniti dengan lebih tersusun dan berjaya mendapat impak sosial dalam radius kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.
Hasil kejayaan ini tidak berjaya tanpa dukungan kuat daripada Team Selangor yang telah memberikan peruntukan RM39,000.00 dalam bentuk Geran Komuniti. Lebih menariknya, projek komuniti ini dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa UNISEL.
Rakan sinergi COMNET turut sama menjaya projek ini dengan kerjasama Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Grass Malaysia, Majlis dan Belia Malaysia (MBM).
Sebanyak 40 Projek Komuniti Mahasiswa Budiman X Team Selangor dilaksanakan pada tumpuan 4 DUN iaitu DUN Kota Anggerik (19 projek), DUN Permatang (6 projek), DUN Bukit Melawati (7 projek) dan DUN Ijok (8 projek) yang merupakan di dalam radius kampus UNISEL.
Secara keseluruhan lebih 1000 sukarelawan di kalangan mahasiswa UNISEL yang memimpin persatuan dan sukarelawan lokaliti terlibat dalam menjayakan inisiatif ini dan 2000 impak libatsama di dalam komuniti sekitar. Projek yang dilaksanakan sekitar 2 bulan ini akan diteruskan pada masa hadapan.
Disediakan oleh Pejabat Pusat Jaringan Komuniti dan Kegiatan Pelajar (COMNET)