10 Organisasi Pelajar Hadiri eBPO

Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah menganjurkan Bengkel Organisasi Pelajar secara maya yang disampaikan oleh Encik Meor Mohd Kamil, Penolong Pendaftar COMNET. Seramai 40 pimpinan mahasiswa mewakili Organisasi Pelajar masing-masing khususnya yang baru dilantik sebagai pimpinan dalam mesyuarat agung tahunan. Modul bengkel ini memberikan fokus kepada prosedur Kegiatan Pelajar yang berkaitan 4 carta alir utama iaitu menjalankan kegiatan pelajar, menjalankan mesyuarat agung, penubuhan persatuan dan juga peminjaman barang. setiap peserta yang hadir mewakili Organisasi Pelajar akan menyumbang mata nilai dalam system ranking (penerafan organisasi pelajar).