Mesyuarat Comnet Bersama Kolej Kediaman

Mesyuarat Comnet bersama Kolej Kediaman yang dijalankan pada 22 April 2021, membincangkan program kerjasama yang akan dijalankan pada 28 dan 29 April 2021. Program yang akan dijalankan adalah memasak dan mengedarkan bubur lambuk bersama komuniti setempat. Pada 28 April 2021(Rabu) program ini akan dijalankan di Taman Muhibah, Bestari Jaya. Manakala pada 29 April 2021(Khamis) pula akan dijalankan di Taman Ilmu Kg. Bestari Jaya. Mesyuarat ini juga membincagkan supaya penglibatan pelajar Unisel yang tinggal di asrama dan juga staf Kolej Kediaman itu sendiri dalam menjayakan program ini. Wakil Comnet dihadiri oleh Ts. Izwan Suhadak bin Ishak Pengarah Comnet dan En.Jaswendy bin Jaswir Pembantu Tadbir & Operasi Comnet. Wakil dari Kolej Kediaman pula adalah Pengetua Kolej Kediaman En. Ng Ming Yip, En. Mokhtar Dahari bin Dawe Pen Pengetua dan Pn Aisyah Penyelia Kolej Kediaman.