Program Bubur Lambok Bersama Pelajar Simfoni

PUNCAK ALAM, 25 April 2021 – Program Bubur Lambuk Bersama Remaja Simfoni dianjurkan dengan kerjasama COMNET UNISEL dan Kariah Simfoni serta Ahli Majlis Zon 21 MDKS. Penglibatan seramai 15 orang sukarelawan dari Grup Sukarelawan Darul Ehsan dan GPM Selangor telah bergotong royong bersama bagi penyediaan bubur lambuk. Edaran 200 pek bubur lambuk diedarkan kepada kejiranan Simfoni selepas zuhur selain aktiviti sampingan bersama para remaja.