Read & Review Cetus #UNISELMEMBACA

BESTARI JAYA, 1 JUN 2021 – Program ulasan buku Read & Review anjuran Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) bermula dengan penampilan pengulas pertama iaitu Saudari Nur Athirah Binti Abdul Wahab yang merupakan setiausaha Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan UNISEL. Beliau memulakan kupasan buku berjudul Guru Aini nukilan penulis profilik Indonesia iaitu Andrea Hirata dengan memperkenalkan latarbelakang penulis dan ringkasan watak utama dalam buku ini. Guru Desi dan Aini menjadi watak yang memberikan inspirasi dalam dunia pendidikan yang tetap cekal dalam perjuangan menuntut ilmu. Ini merupakan inisiatif sepanjang tahun bagi meneruskan gerakan #UNISELMEMBACA. Ulasan buku akan bersiaran setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 3.00 petang di FB Live COMNET UNISEL.

