Read & Review Cetus #UNISELMEMBACA
BESTARI JAYA, 3 JUN 2021 – Program ulasan buku Read & Review anjuran Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) bermula dengan penampilan pengulas yang bernama Saudari Nurul Asyiqin Binti Muhammad Sham Exco Media & Publisiti Kelab Mahasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau memulakan memperkenalkan buku panduan lengkap aktiviti awal kanak- kanak khas untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun oleh DR Mahani Razali.Di tulis secara langkah demi langkah untuk menjalankan aktiviti dengan bayi dan kanak-kanak yang baru lahir sehingga berumur 4 tahun dengan secara menyeronokkan dan hands on.Sesuai digunakan oleh ibu ayah untuk melaksanakan aktiviti secara hands on untuk anak-anak di rumah kerana panduan yang sangat lengkap, langkah demi langkah dan bergambar.Sesuai digunakan oleh usahawan yang bercadang untuk membuka taska kerana buku ini menawarkan aktiviti mengikut tahap umur dan bertema yang sangat lengkap dan komprehensif.Sesuai digunakan oleh guru-guru taska yang memerlukan panduan yang lengkap untuk membuat aktiviti bersama kanak kanak berumur 0 bulan hingga 4 tahun. Ini merupakan inisiatif sepanjang tahun bagi meneruskan gerakan #UNISELMEMBACA. Ulasan buku akan bersiaran setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 3.00 petang di FB Live COMNET UNISEL.