Read And Review Cetus #UNISELMEMBACA

BESTARI JAYA, 1 JUL 2021 – Program ulasan buku Read & Review anjuran Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) bermula dengan penampilan pengulas yang bernama Saudari Noorshahira Binti Nasri President of Unisel Library Club. Beliau memulakan memperkenalkan buku Pohon Karya Jemaah Seram.PUAKA BERINGIN – ILYA ABDULLAH .Banglo yang dikatakan berhantu itu telah menarik perhatian sseorang novelis seram bernama Hadif menyewa banglo terbabit untuk merasai keseraman yang lebih realiti bagi idea manuskripnya. Berhampiran banglo itu terdapat sebatang pokok beringin itu ada yang sedang memerhati Hadif. LAMBAIAN ARA – NURHAN YUSOF. “Dia sukakan kamu.Itu sebab kamu nampak lambaian Ara.” Bisik moyang Murkani. Alia yang masih lemah kembali menggeletar di dalam keretanya kerana ternampak wanita berkebaya hijau itu. POKOK DURIAN BERDARAH – ASRAF SHAARI. Empat sekawan iaitu Ramli, Lokman, Mamat dan Zamri merancang untuk tidur di kebun milik atuk Mamat sambil menikmati buah durian. Kecelupaan mulut Rahim memakan diri apabila dia tiba-tiba diganggu dengan penampakan kepala manusia yang tergantung di atas pokok durian. Misteri terjawab dengan terbongkarnya satu rahsia yang tidak pernah diduga mereka. HARUM BAKAWALI – SUHANA MAT LAZIM. Khir mengalami mimpi pelik dan pelbagai kejadian misteri bermula pada hari keempat setelah membeli pokok bakawali beberapa hari lalu. Bukan itu sahaja, dia mula mempersoalkan kenapa bakawali miliknya itu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang dan sehingga hari ke-6 pelbagai kejadian aneh berlaku. SAKAT – ZAIF AB. Hafizul yang dikenali dengan kaki pancing telah memancing disuatu tempat. Ketika disana beliau telah menemui sepohon pokok sakat yang amat menarik minatnya. Lalu pokok tersebut dibawa pulang untuk dijadikan hiasan. Sejak memelihara pokok tersebut keluargannya telah diganggu kejadian aneh. Ini merupakan inisiatif sepanjang tahun bagi meneruskan gerakan #UNISELMEMBACA. Ulasan buku akan bersiaran setiap hari Selasa dan Khamis pada jam 3.00 petang di FB Live COMNET UNISEL.