GREEN

Apa itu UI GreenMetric World University Rankings?
Universiti Indonesia (UI) memulakan pada tahun 2010 kemudian dikenali sebagai UI GreenMetric World Peringkat Universiti. Bertujuan untuk mengukur usaha kelestarian kampus. Tema pada tahun ini adalah “Tanggungjawab Universiti untuk Matlamat Pembangunan Lestari dan Cabaran Dunia Kompleks ”. Kami ingin menumpukan perhatian kepada usaha universiti untuk bekerjasama dengan rakan mereka secara lestari. Kami melihat secara terperinci usaha dan impak universiti untuk meningkatkan kelestarian.

 

 

Apakah objektifnya?
• Menyumbang kepada wacana akademik mengenai kelestarian dalam pendidikan dan penghijauan kampus;
• Menggalakkan perubahan sosial yang diterajui oleh universiti berkenaan dengan tujuan kelestarian;
• Menjadi alat untuk penilaian sendiri mengenai kelestarian kampus untuk institusi pengajian tinggi (IPT);
• Maklumkan kepada kerajaan, agensi persekitaran antarabangsa dan tempatan, dan masyarakat tentang kelestarian
program di kampus.

 

 

Kriteria
Kategori dan pemberat mata tahun ini ditunjukkan berdasarkan kepada kategori Tetapan dan Prasarana (SI) -15%,  Tenaga dan Perubahan Iklim (EC) – 21%, Sisa (WS) – 18%, Air (WR) – 10%, Pengangkutan (TR) – 18%, Pendidikan (ED) 18%.

 

 

Penerbitan ilmiah mengenai kelestarian
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah memulakan Bengkel Pembangunan Daie Konservasi pada tahun 2018 dengan penglibatan Aktivis alam sekitar antaranya Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia, Rimba Malaysia. Ahli akademik dari Universiti Selangor dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga terlibat bagi menghasilkan deraf awal penulisan modul pembudayaan kelestarian alam.

 

 

 Melalui kerjasama dengan pihak International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, deraf awal telah ditambahbaik dengan pemurnian oleh penyelidik IAIS sehingga diterbitkan denga tajuk LASKAR ALAM : Modul Pembudayaan Kelestarian Alam pada akhir tahun 2019 oleh menteri agama kerajaan Malaysia. Buku ini menjadi rujukan kepada kursus Green Awareness and Sustainability Community di bawah Pusat Pengajian Asasi dan  Umum (PADU). Dalam perancangan ke hadapan, pihak COMNET akan mengadakan kursus secara atas talian dengan kerjasama GRASS dan IAIS bagi meluaskan agenda kelestarian ketika cabaran pandemik COVID19.
 
 

 

 

 
Program yang berkaitan dengan kelestarian Tahun 2019

 

1. Survival Camp | Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) | 28/3/2020

2. Hiking Sungai Chiling | Kelab Motivator | 27/4/2019

3. Jungle Tracking FTIM | Kelab Bola Baling | 3/6/2019

4. Melati hill’s hike |  Kelab Mahasiswa Sains dan Bioteknologi (SASBIO) | 22/6/2019

5. Usaha Kesedaran Pemuliharaan Ekosistem Marin | MPU | 22/6/2019

6. Konservasi Sungai Selangorku Sayang | Psych-Inc | 24/6/2020

7. Ekspedisi Air Terjun Lata Medang | Human Resource Student Society | 29/6/2019 

8. Clean It Up River | Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) | 2/7/2020

9. Induksi Air Tterjun Serendah | Kelab Bola Baling | 5/7/2019

10. Keceriaan & Gotong Royong | Majlis Perwakilan Kolej Kediaman Bestari Jaya  | 16/7/2019

11. Hiking Treacher Hill | Kelab Bola Baling | 7/9/2019

12. Bersihkan Pantai Kita |  Kelab Mahasiswa Sains dan Bioteknologi (SASBIO) | 8/8/2020

13.Ekspedisi Hiking Kemensah Waterfall | Kelab Adiwira | 10/9/2019

14. Tracking Sg Chilling | Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) | 28/11/2020

15. Outdoor Project : Xplorasi Gua Tempurung | Kelab Pustaka | 29-30/11/2019

16. Bengkel Alam Sekitar (BEST) | Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) | 28/12/2019

 

 

Program yang berkaitan dengan kelestarian Tahun 2020

PROJEK KOMUNITI TEAM SELANGOR x MAHASISWA BUDIMAN 

Melalui kerjasama Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dengan n Team Selangor untuk memberikan geran projek komuniti kepada perlaksanaan Projek Komuniti di luar kampus secara one off atau berkala. Berikut adalah projek yang berkaitan dengan konsep hijau :

 

1. Green Deen | DE VOLUNTEER | 4/1/2020

2. Bengkel Alam Sekitar (BEST) | Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) | 4,11,18/1/2020

3. Hari Menanam Sambil Menderma | Kelab Adiwira | 5/1/2020

4. Gotong Royong D’Anggerik | MPU, COMNET & Bachelor Bisness Management Club (BBMC) | 19/1/2020

5. Larian Santai Desa | MPU, COMNET, PUSAT SUKAN | 18/1/2020

6. Program Konservasi Persekitaran Alam Sekitar | Bachelor Bisness Management Club (BBMC) |  25/1/2020

7. Save Earth, Life and Future (SELF) | MPU & COMNET | 15/2/2020 

8. Jalinan Kasih 2.0 – Projek Tanam Sayur di Kg Orag Asli | Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) | 22/8/2020

Program yang berkaitan dengan kelestarian Tahun 2021

1. Tree Planting 1st Event | 17/10/2021

2. Tree Planting 2nd Event | 24/10/2021

3. Gasco Poster Competition

4. Perubahan Iklim: Peranan Belia and Media Social | 2/02/2021

5. Waqaf Untuk Alam Sekitar | 21/01/2021

6. Laskar Alam Maya | 27/02/21 and 28/02/21

7. Komuniti Kita Eco -Therapy Intervensi Minda Sihat | 28/06/21

8. Forum Komuniti Bestari Hari Konservasi Alam Sekitar Sedunia | 28/07/21

LATIHAN KEJURULATIHAN LASKAR ALAM

Pada 31 Januari sehingga 2 Februari  2020 di Hutan Simpan Sg Menyala, Port Dickson Negeri Sembilan wakil Universiti Selangor telah menghantar Ts Izwan Suhadak Bin Ishak dan Encik Meor Mohd Kamil Amirrudin ke Latihan Kejurulatihan Laskar Alam anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS). Tujuan untuk adalah memantapkan gagasan pembudayaan kelestarian alam di kalangan peserta agar dalam dimobilisasi agenda Laskar Alam di dalam komuniti. UNISEL berperanan sebagai penggerak bagi segmen komuniti bandar, desa dan sekolah dalam memperkasakan agenda hijau ini.  Antara perancangan yang akan digerakkan adalah Kem Laskar Alam Tahap 1 khusus untuk pelajar sekolah, selain itu sasaran kepada kariah masjid dan komuniti penduduk.

YOUTUBE CHANNEL : LASKAR ALAM

Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dengan kerjasama pelajar di bawah kursus Green Awareness and Sustainability Community telah mengambil inisiatif mewujudkan youtube channel seperti dalam pautan ini https://www.youtube.com/channel/UCEJC1puy1UIExquamlXajmQ/videos sebagai satu inisiatif penglibatan pelajar dan memberikan kesedaran kepada komuniti secara atas talian media sosial.
 
Projek ini mengambil masa selama 4 bulan sejak April 2020 bagi dilengkapkan seperti yang boleh diakses oleh warganet. Perancangan masa hadapan, konten ini akan dikembangkan dengan idea-idea baharu di kalangan aktivis Laskar Alam.

 

Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) mengambil inisiatif untuk terus memberikan kesedaran melalui wacana atas talian dengan mengadakan Forum Komuniti Bestari pada 6 Mei 2020 dengan topik Alam Sekitar – Kesedaran dan Kelestarian Komuniti yang boleh diakses melalui Facebook (https://www.facebook.com/435840096607171/videos/254161209067414).
 
Jemputan panel antaranya Cik Hasliza Mohamad Ali, Ketua Bidang Kursus Kesedaran Hijau dan Kelestarian dalam Komuniti, Encik Mohammad Khairul Ridhwan Addha Akhiar, Timbalan Presiden Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS) dan Mimi Minarty Pangeran, Timbalan Setiausaha II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan moderator adalah Ts Izwan Suhadak Ishak merangkap Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET).

 

 

 

 

BENGKEL KELUARGA LESTARI

Bagi meneruskan agenda kelestarian hijau di dalam komuniti. Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dengan kerjasama Grass Malaysia telah laksanakan Bengkel Keluarga Lestari di Kg Bukit Badong, Kuala Selangor pada 22 Ogos 2020. Program ini bertujuan untuk mendidik komuniti desa tentang penghasilan sabun organik, kokedema, self watering pot and projek tanam sayur.
 
Program ini mendapatkan sokongan padu dari komuniti khususnya kaum wanita. Kos program ini ditaja sepenuhnya daripada Lembaga Pembangunan Pendudukan dan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini turut disokong oleh Pejabat Parlimen Kuala Selangor. Hasil pengetahuan yang diperolehi daripada bengkel ini akan digunakan oleh pihak komuniti bagi tujuan gaya hidup lestari antaranya penanaman pokok dengan pengunaan botol terpakai dan penghasilan sabun bagi menjana pendapatan.

LAWATAN KEBUN KOMUNITI SAUJANA UTAMA 3

Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) mengambil inisiatif untuk membina jaringan dengan komuniti bagi meninjau Projek Kebun Komuniti pada 8 Oktober 2020 yang melaksanakan tanaman sayur dengan kaedah hidroponik yang mendapat sokongan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Beberapa perbincangan dan persetujuan untuk meluaskan projek seperti di lokaliti seluruh Selangor. Hasil lawatan ini, beberapa beg sayur telah diedarkan hasil sumbangan Agro Gah Sejagat Sdn Bhd kepada staf UNISEL bagi memberikan kesedaran tentang gaya hidup lestari.
 
 
Organisasi Pelajar yang berkaitan dengan kelestarian

1. Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER)

2. Kelab Mahasiswa Sains dan Bioteknologi (SASBIO)

3. Persatuan Pembangunan Insan (PPI)

4. Recreation Adventure Club (RAC)

5. Kelab Motivator

6. Kelab Pustaka

 

 

 

Unisel Sustainability

AWSOM Powered