KEMPEN DERMA DARAH 5.0

Bestari Jaya Unisel 28 November 2023: Pusat Kegiatan Pelajar danJaringan Komuniti ( Comnet), Pusat Darah Negara dengan kerjasama Pusat Islam Unisel telah mengadakan Kempen Derma Darah 5.0. Kempen darah ini telah diadakan buat kali kelima oleh Comnet. Program ini telah diadakan di Masjid Unisel Bestari Jaya. Seramai 103 yang menderma pada kali ini dari kalangan pelajar ,staff dan orang luar. Program ini telah dirasmikan oleh TNC Prof. Madya Dr Hamdan Bin Dato’ Haji Mohd Salleh.Turut hadir En. Zulfikri Timbalan Pendaftar (HEP). En.Karthik dan En. Jaswendy turut serta menderma darah.

AWSOM Powered