Jabatan Bantuan Pelajar
Jabatan Bantuan Pendidikan merupakan sebuah jabatan khusus di Universiti Selangor (UNISEL) yang berperanan mengurus, menyelaras, dan memantau pembiayaan pendidikan pelajar secara bersepadu, sistematik, serta berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik. Penubuhan jabatan ini selaras dengan aspirasi UNISEL sebagai universiti milik Kerajaan Negeri Selangor yang komited menyediakan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan mampan.
Fungsi
- Menyediakan akses maklumat pembiayaan yang jelas dan tepat.
- Membantu mengurangkan beban kewangan pelajar melalui padanan penaja yang bersesuaian.
- Menyokong agenda pendidikan inklusif Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin kelestarian pendidikan jangka panjang.
Jenis-Jenis Bantuan Pendidikan
Pengenalan
Dua (2) jenis pembiayaan pendidikan yang utama adalah pinjaman dan biasiswa. Selain itu, terdapat lain-lain pembiayaan dan bantuan dalam universiti yang disediakan kepada para pelajar yang layak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Kelulusan bantuan pendidikan yang telah pelajar terima dari badan/organisasi diistilahkan sebagai penaja pengajian pelajaran pelajar. Pelajar perlu menghantar SALINAN SURAT PENGESAHAN TAJAAN (contohnya Biasiswa Karangkraf) ke Universiti Selangor kecuali pinjaman PTPTN.
Permohonan berkaitan bantuan pendidikan lazimnya adalah melalui kaedah permohonan dalam talian (online). Para pelajar perlu membaca terma dan syarat pembiayaan pendidikan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan. Pelajar tidak dibenarkan mendapat lebih dari satu penajaan pengajian pelajaran.
Pelajar boleh merujuk senarai bantuan pendidikan di dalam portal pelajar “Takwim Tajaan Pendidikan Pelajar UNISEL” (https://studentportal.unisel.edu.my/). Bantuan pendidikan adalah berbeza mengikut ketetapan yang digariskan oleh penaja.
Pinjaman
- Merupakan bentuk pembiayaan pendidikan yang diberikan kepada pelajar untuk menampung kos yuran pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan, yang wajib dibayar balik sepenuhnya atau sebahagiannya selepas tamat pengajian (insentif pengecualian/pengurangan tertentu bagi graduan cemerlang), mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dalam kontrak perjanjian pinjaman oleh pihak penaja (termasuk jadual ansuran bulanan, tempoh tangguh, dan kadar faedah/upah jika ada).
- Contohnya: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – https://www.ptptn.gov.my/
Biasiswa
- merupakan pembiayaan pendidikan yang diberikan kepada pelajar layak selepas diluluskan oleh pihak penaja, bertujuan menampung kos pengajian di institusi pengajian tinggi seperti yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, serta elaun lain mengikut skim penajaan.
- lazimnya, biasiswa ini tidak perlu dibayar balik sekiranya penerima memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan, seperti pencapaian akademik minimum atau ikatan perkhidmatan dengan penaja bagi tempoh tertentu selepas tamat pengajian; kegagalan mematuhi syarat boleh mengakibatkan penukaran kepada pinjaman yang wajib dibayar balik. Biasiswa diberikan berdasarkan pencapaian akademik cemerlang, khususnya dari golongan B40/M40.
contohnya: Biasiswa Karangkraf – https://www.karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkraf/
Lain-Lain Pembiayaan Luar Universiti
- merupakan pembiayaan pendidikan selain pinjaman pendidikan dan biasiswa; contohnya seperti yang ditawarkan oleh Pusat/Lembaga Zakat Negeri.
- permohonan bagi pembiayaan ini boleh dilakukan secara dalam talian dan lazimnya dibuka sepanjang tahun.
- contohnya: https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/
Bantuan Dalam Universiti
- Unit Zakat dan Sedeqah, Pusat Islam UNISEL ada menawarkan bantuan kewangan dan makanan kepada para pelajar yang layak khususnya pelajar yang kurang berkemampuan walaupun telah mempunyai tajaan atau tiada tajaan.
- selain itu, Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) turut menawarkan bantuan kewangan kepada para pelajar yang layak serta memerlukan. Hebahan bantuan adalah melalui portal pelajar.
- lazimnya bantuan ini diberikan satu kali setiap semester atau satu kali setahun, tertakluk kepada peruntukan.
- contohnya: https://studentportal.unisel.edu.my/atau http://pusatislam.unisel.edu.my
KEISTIMEWAAN ANAK SELANGOR
- Subsidi Yuran 50%: Potongan yuran pengajian sebanyak 50% diberikan untuk meringankan beban pelajar.
- Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU): Bantuan yuran Asas Universiti (BAYU) bernilai RM500 merupakan program bantuan yang bertujuan untuk membiayai bantuan yuran asas merangkumi yuran perpustakaan, yuran makmal, yuran teknologi maklumat, yuran kesihatan dan yuran aktiviti pelajar.
- Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT): Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Sebagai institusi milik kerajaan negeri, UNISEL mengutamakan akses pendidikan tinggi bagi anak jati dan pemastautin Selangor.
Inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pengajian tanpa bebanan kewangan yang berat
Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)
Syarat-Syarat Permohonan :
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia; dan
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon, ibu dan bapa atau penjaga telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor; atau
- Pemohon bersekolah lebih 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan Sijil Berhenti Sekolah yang sah; atau
- Pemohon adalah pengundi berdaftar bagi mana-mana DUN di Selangor; dan
- Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UNISEL.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3250 5027 / 5025
50% Subsidi Yuran Pengajian
Kerajaan Negeri Selangor menanggung subsidi 50% yuran pengajian di UNISEL | Universiti Selangor dan mulai sesi September 2026, memberi manfaat kepada 4,000 anak Selangor. Peruntukan RM17.38 juta ini bertujuan meringankan beban kos pendidikan bagi mahasiswa yang layak.
- Sasaran: Anak jati Selangor atau pemastautin tetap.
- Peruntukan: RM17.378 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri.
- Pengambilan: Berkuat kuasa mulai sesi September 2026, juga untuk pengambilan April, Ogos & November 2026.
- Kelebihan: Mengurangkan beban yuran pengajian sebanyak 50%.
Inisiatif ini sebahagian daripada Belanjawan Selangor 2026 untuk menyokong pendidikan tinggi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0355223478/3479 atau 0332805026/5027
*e-Form ini bertujuan untuk pengumpulan maklumat pelajar bagi tujuan SPASEL di UNISEL. Pelajar dikehendaki membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi tujuan SPASEL.
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah. Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.
HPIPT dibuka setahun sekali iaitu pada Mac setiap tahun. Pelajar tahun pertama yang baru mendaftar, boleh memohon HPIPT pada bulan Mac tahun berikutnya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0355223478/3479 atau 0332805026/5027
sumber:
https://dewan.selangor.gov.my/question/hadiah-pengajian-institut-pengajian-tinggi-hpipt-4/
Program Khas Biasiswa Sagong Tasi
Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT seperti yang dinyatakan diatas.
Program Khas Biasiswa Sagong Tasi untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) - Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) melaksanakan sejajar dengan perkembangan sistem melalui portal pendidikan https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.
Pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan MAIS boleh mengemukakan permohonan BDPT secara atas talian.
Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)
SELFA HSP Biasiswa Diploma Kejururawatan
Biasiswa Pengajian Asas Universiti Selangor
Biasiswa Pengajian Asas Universiti Selangor
Biasiswa Pengajian Asas Universiti Selangor ialah inisiatif pembiayaan penuh yuran pengajian untuk membantu pelajar memulakan pendidikan tinggi tanpa beban kewangan. Program ini bertujuan membina asas akademik yang kukuh sebelum pelajar melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNISEL.
- Program yang Layak:
Biasiswa ini merangkumi semua kursus asasi di UNISEL:
Asasi TESL, Pengajian Islam, Sains, IT, Sastera, dan Pengurusan. - Manfaat Yuran Percuma:
Pembiayaan penuh yuran pengajian sepanjang tempoh asasi.
Laluan Terus: Peluang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNISEL dengan sokongan berterusan. - Syarat Kelayakan:
Mesti mendaftar sebagai pelajar asasi UNISEL.
Kekalkan CGPA minimum 2.00.
Wajib menyambung Ijazah Sarjana Muda di UNISEL selepas tamat asasi.
Tidak boleh mempunyai tajaan atau biasiswa lain serentak. - Permohonan:
Daftar sebagai pelajar UNISEL dahulu.
Mohon melalui Portal Pelajar UNISEL.
Sediakan dokumen perjanjian (2 salinan asal).
Dapatkan tandatangan daripada 2 penjamin dan 1 saksi.
Hantar dokumen lengkap kepada penyelaras biasiswa fakulti.
Biasiswa
- PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Biasiswa Sagong Tasi Peringkat Pengajian Tinggi
[*khas untuk pelajar Orang Asli dari Negeri Selangor]
https://danapendidikan.selangor.gov.my/senarai-program-tkwbns - DANA PENDIDIKAN KARANGKRAF
Biasiswa Karangkaf https://www.karangkraf.com/csr/biasiswa-karangkraf/ - TAJAAN PENGAJIAN TINGGI BKNS
Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah https://ptps.sabah.gov.my/landing/scholarship_bkns.php - PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/ - YAYASAN KLK
Yayasan KLK Scholarship https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/
Pinjaman
- PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN)
https://danapendidikan.selangor.gov.my/senarai-program-tkwbns - TAJAAN PENGAJIAN TINGGI KUMPULAN YAYASAN SABAH
Pinjaman IPTS
https://ptps.sabah.gov.my/landing/scholarship_ys.php
- PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH
Yayasan Bank Rakyat
https://www.yayasanbankrakyat.com.my/ - PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
Yayasan Angkasa
https://www.yayasanangkasa.coop/
Pembiayaan Lain
- MAJLIS AGAMA NEGERI
Lembaga Zakat Negeri Selangor
https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam Negeri Johor
http://www.maij.gov.my/?page_id=405 - MAJLIS AGAMA NEGERI
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
http://www.e-maik.my - MAJLIS AGAMA NEGERI
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
https://tapem.melaka.gov.my/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Baitulmal)
https://www.mains.gov.my/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Ugama Islam Pahang
https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Zakat MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang)
https://zakatpenang.com/ - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak
http://www.maij.gov.my/?page_id=405 - MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
http://www.maips.gov.my/ MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
https://www.maidam.gov.my/MAJLIS AGAMA NEGERI
Bahagian Zakat dan Fitrah – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
https://appszakat.sabah.gov.my/MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Islam Sarawak (Tabung Baitulmal Sarawak)
https://www.tbs.org.my/- MAJLIS AGAMA NEGERI
Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
https://www.maiwp.gov.my/portal-main/bantuan-pendidikan
TAKWIM PINJAMAN PENDIDIKAN
RINGKASAN KAEDAH PERMOHONAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Dalam Talian. Berikut adalah ringkasan dari panduan tersebut untuk rujukan pelajar:
- Pelajar (telefon bimbit): muat turun dan aktifkan applikasi myPTPTN
- Pelajar (telefon bimbit): muat turun dan aktifkan applikasi MyDigital ID
- Pelajar buka akaun: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Pelajar buka akaun: SSPN Prime PTPTN
- Pemohon (pelajar) perlu muat turun applikasi myPTPTN di dalam peranti (telefon pintar) diri sendiri, daftar dan aktifkan applikasi tersebut (ambil gambar depan, belakang kad pengenalan dan gambar swafoto). Log masuk applikasi myPTPTN untuk sempurnakan pengesahan eKYC.
- Pemohon (pelajar) perlu muat turun applikasi MyDigital ID di dalam peranti (telefon pintar) diri sendiri, masukkan e-mel, masukkan nombor OTP, masukkan butiran diri, ambil gambar MyKad (hadapan dan belakang). e-KYC dengan biometric wajah dan akhirnya isikan kata laluan (password).
- Pemohon (pelajar) perlu mempunyai Akaun Simpanan Individu 12DBank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Nombor akaun simpanan BIMB individu pemohon (pelajar) wajib diisi semasa membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian.
- Pemohon (pelajar) juga perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN. Nombor akaun SSPN PTPTN pemohon (pelajar) wajib diisi semasa membuat permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian.
*Sekiranya tiada, pemohon (pelajar) boleh membuka akaun 15DSSPN Prime PTPTN, dengan simpanan minimum bernilai RM20.
- Semak jadual permohonan dan daftar permohonan Mulakan permohonan pinjaman PTPTN secara dalam talian dengan membeli 6DPIN PTPTN (berharga RM5.00) di applikasi myPTPTN.
Carian: Masukkan Nama Program IPT “UNIVERSITI SELANGOR” atau “UNIVERSITI SELANGOR KAMPUS BESTARI JAYA”
- Perhatian: Tarikh mula pengajian bagi pilihan semasa permohonan pinjaman PTPTN adalah berdasarkan tarikh pemohon (pelajar) mula mendaftar iaitu merujuk kepada semester kemasukan seperti dinyatakan dalam Surat Tawaran Pengajian dari
Pilihan tarikh mula pengajian adalah mengikut Semester April (1/5), Semester Ogos (1/9),
Semester November (1/12) sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran Pengajian dari UNISEL.
- Surat tawaran rasmi kemasukan UNISEL yang terkini; *SURAT TAWARAN BERSYARAT TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.
- Lengkapkan maklumat permohonan pinjaman, muat naik dokumen Surat Tawaran Pengajian dari UNISEL, dan hantar permohonan pinjaman melalui applikasi web myPTPTN menggunakan komputer desktop/riba sebelum tarikh tutup
Nota:
Pemohon perlu mengisikan maklumat ibu bapa sebagai penjaga sekiranya kedua-duanya atau salah seorangnya masih hidup.
Pemohon (pelajar) boleh terus lengkapkan permohonan tanpa perlu mengisi maklumat berkaitan
nombor kad pelajar/matrik dan kod eksekutif PTPTN.
Pelajar semasa (senior/semester 2 dan ke atas) perlu memastikan surat tawaran adalah yang terkini seperti di dalam contoh rujukan dan panduan permohonan pinjaman PTPTN, sila berhubung dengan Pejabat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar UNISEL sekiranya surat tawaran tidak sama seperti contoh tersebut.
PEMOHON PINJAMAN PTPTN WAJIB MEMPUNYAI AKAUN BANK ISLAM
PANDUAN PERMOHONAN & TERIMA TAWARAN PINJAMAN PTPTN MELALUI APLIKASI WEB MYPTPTN
RINGKASAN PENGESAHAN KELULUSAN DAN PENGHANTARAN PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Panduan Pengguna Pengesahan Penerimaan Tawaran Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Dalam Talian. Berikut adalah ringkasan dari panduan tersebut untuk rujukan pelajar:
- Pelajar hendaklah membuat pengesahan penerimaan pinjaman PTPTN melalui myPTPTN dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan (termasuk hari cuti).
- Pelajar adalah disarankan untuk membuat pilihan HANTAR SECARA DALAM TALIAN (online) dengan membuat bayaran berjumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) Sahaja.
- Dalam tempoh 24 jam dari tarikh pembayaran dibuat (RM25.00) itu, pelajar perlu log masuk semula ke myPTPTN untuk melakukan proses tandatangan digital.
- Setelah proses tandatangan digital telah berjaya, sila semak peti masuk melalui myPTPTN atau e-mel bagi pengesahan terimaan dokumen.
- Setelah dokumen lengkap ditandatangani oleh Pegawai PTPTN, pelajar boleh mencetak perjanjian pinjaman yang lengkap.
Pelajar boleh mula simpan dan cetak surat tawaran perjanjian pinjaman tersebut untuk simpanan peribadi. Surat tawaran hanya akan dipaparkan selama 60 hari di myPTPTN. Pelajar tidak perlu menghantar dokumen pinjaman kepada pihak Universiti. Saluran pengkreditan kewangan dari PTPTN untuk pembayaran yuran pengajian pelajar bagi semester semasa melalui pihak universiti dijadualkan pada pertengahan atau akhir bulan berikutnya (15/30 hari bulan) selepas pihak PTPTN menerima pengesahan penerimaan tawaran pinjaman PTPTN dari pelajar.
- Semak status permohonan melalui peti pesanan di applikasi myPTPTN pada hari ke-7 selepas tarikh tutup Sila pilih/klik “Sekiranya anda memilih untuk membuat pembelian tandatangan digital” dari emel tersebut. Seterusnya login aplikasi myPTPTN untuk proses selanjutnya.
- Pemohon (pelajar) yang ditawarkan pinjaman pendidikan dan pengesahan penerimaaan tawaran pinjaman PTPTN perlu membayar RM25 (duti setem RM20 dan tandatangan digital RM5) di applikasi myPTPTN. Peminjam perlu turunkan tandatangan secara digital selepas +/- 24 jam bayaran
- Penghantaran dokumen tawaran dan pinjaman perjanjian di applikasi myPTPTN perlu dilakukan dalam masa 14 hari dari tarikh kelulusan.
- Dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak (peminjam dan PTPTN) serta yang telah dimeterai duti setem boleh dimuat turun oleh peminjam (pelajar) di applikasi Tempoh paparan dokumen tersebut terhad kepada 60 hari sahaja. Peminjam (pelajar) tidak perlu menghantar dokumen pinjaman kepada pihak Universiti, sila simpan untuk rujukan peribadi anda.
- Pengkreditan kewangan pinjaman bagi pembayaran yuran pengajian dijadualkan pada 15hb/30hb Pelajar perlu membuat tindakan menyelesaikan baki tunggakan sekiranya masih mempunyai baki selepas pengkreditan tersebut.
Soalan Lazim
S/J | Keterangan | ||||||||||||||
S: | Siapakah yang layak memohon bantuan pendidikan? | ||||||||||||||
J: | Pemohon yang telah menerima surat tawaran rasmi dan/atau telah membuat pengesahan daftar masuk sebagai pelajar UNISEL. | ||||||||||||||
S: | Apakah jenis-jenis bantuan pendidikan yang boleh dimohon? | ||||||||||||||
J: | Terdapat pelbagai jenis bantuan pendidikan seperti pinjaman dan biasiswa yang boleh dimohon mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penaja. Maklumat lanjut, sila rujuk takwim bantuan pendidikan di portal pelajar; | ||||||||||||||
S: | Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan pendidikan? | ||||||||||||||
J: | Permohonan bantuan pendidikan boleh dibuat secara dalam talian (online). Senarai jenis-jenis bantuan pendidikan beserta capaian ke laman sesawang boleh rujuk Takwim Bantuan Pendidikan Universiti Selangor yang terdapat di dalam portal pelajar. Contohnya permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), rujukan di dalam portal pelajar; http://studentportal.unisel.edu.my | ||||||||||||||
S: | Bilakah tarikh ketetapan pembukaan permohonan bantuan pendidikan? | ||||||||||||||
J: | Tarikh ketetapan bagi permohonan bantuan pendidikan adalah berbeza mengikut pihak penaja seperti yang tersenarai di dalam takwim bantuan pendidikan. Contohnya permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tarikh permohonan adalah seperti berikut:
202* – Tahun | ||||||||||||||
S: | Siapakah individu yang layak membuat pengesahan salinan dokumen perjanjian bantuan pendidikan? | ||||||||||||||
J: | Pengesahan dokumen/saksi yang layak berkaitan bantuan pendidikan lazimnya dari kalangan warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor kerajaan, berjawatan pegawai (minima; berkelulusan Ijazah). | ||||||||||||||
S: | Berapakah jumlah kewangan yang akan ditaja/diterima? | ||||||||||||||
J: | Jumlah bantuan kewangan lazimnya berdasarkan yuran pengajian pelajar. Nilai yang ditaja adalah berbeza bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja. | ||||||||||||||
S: | Bolehkah pelajar menerima lebih dari satu bantuan pendidikan? | ||||||||||||||
J: | Tidak. Pelajar hanya dibenarkan untuk menerima satu bantuan sahaja sepertimana dinyatakan dalam terma dan syarat oleh pihak penaja (pelajar tidak mempunyai/tidak terikat/perjanjian dengan penaja lain). | ||||||||||||||
S: | Apakah yang perlu dilakukan sekiranya permohonan bantuan diluluskan? | ||||||||||||||
J: | Pelajar perlu membuat maklum balas pengesahan tawaran penerimaan dan penghantaran dokumen bantuan kepada pihak penaja dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan maklum balas akan menyebabkan tawaran bantuan terbatal. | ||||||||||||||
S: | Apakah yang perlu dilakukan sekiranya permohonan bantuan pelajar tidak berjaya/gagal? | ||||||||||||||
J: | Pelajar perlu membuat semula permohonan bantuan atau memohon pembiayaan pendidikan dari penaja lain. Ini bagi memastikan penaja dapat membayar yuran pengajian sebelum peperiksaan semester bermula. | ||||||||||||||
S: | Bolehkah saya/ibu/bapa membuat pengeluaran KWSP untuk membayar yuran pengajian? | ||||||||||||||
J: | Ya. Pengeluaran KWSP boleh dilakukan untuk bayaran yuran pengajian. Sila hubungi Unit Kewangan Pelajar dan Kawalan Kredit (UKPKK), Pejabat Bendahari UNISEL ditalian berikut: UKPKK Kampus Shah Alam ditalian 03-5522 3555, UKPKK Kampus Bestari Jaya ditalian 03-3280 5043 atau emailkan kwsp_sa@unisel.edu.my (Kampus Shah Alam) / kwsp_bj@unisel.edu.my (Kampus Bestari Jaya) | ||||||||||||||
S: | Perlukah pelajar serahkan salinan surat tawaran bantuan pendidikan kepada Universiti? | ||||||||||||||
J: | Ya. Pelajar yang telah mengesahkan penerimaan bantuan pendidikan perlu menghantar salinan hardcopy Universiti Selangor kecuali bagi pinjaman PTPTN. |
Petunjuk:
S : Soalan
J : Jawapan
Kenali Kami
HUBUNGI KAMI
PEJABAT BANTUAN PELAJAR
Univeriti Selangor (Kampus Bestari Jaya),
Jalan Timur Tambahan, 45600 Batang Berjuntai, Selangor
Univeriti Selangor (Kampus Shah Alam),
Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 5.30 petang
- Jumaat: 8.30 pagi – 12.15 tengah hari; 2.45 petang – 5.30 petang
- Sabtu / Ahad dan cuti umum: Ditutup
Telefon:
- +603-5522 3478 / 3479
- +603-3280 5026 / 5027
Emel: jbp@unisel.edu.my
Hubungi Kami
