Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengkomputeran. Lulusan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dalam bidang Sarjana Muda Sains (Komputer) pada tahun 2005 dan Sarjana Teknologi Maklumat daripada Universiti Selangor pada tahun 2012. Terlibat aktif dalam kerja kemanusiaan dan kesukarelawanan sejak di dalam kampus lagi.
Pada tahun 2016-2018, beliau telah mengetuai Projek Khidmat Komuniti | UNISEL CAKNA dengan peruntukan berjumlah 1,600,000.00 oleh pihak MBI Selangor kepada UNISEL.
Terlibat dalam penulisan dalam terbitan UM Press, buku “Travelog Relawan Muda : Misi Kemanusiaan di Asia Tenggara & Asia Selatan” (2006), “KataHati : Puisi, Cerita Pendek, Lakaran Foto & Esei” (2006) terbitan Suarasuara Publications dan penulis bersama Nik Mohd Yusoff Nik Ismail, buku “Monograf Siri Pengurusan Islami : Mencari Kebijakan Dalam Industri 4.0” (2018) terbitan Wadah Selangor. Beliau turut memberikan komentar kepada buku “Setulus Setia Seindah Nama” yang ditulis oleh Siti Hazneza Abdul Hamid, terbitan Pustaka Yamien (2006).